Tuesday 21 January 2014

HOW TO SEAT CORRECTLY

Postur Depan Komputer : Adakah Anda Duduk Dengan Selesa?


Duduk terlalu lama di depan komputer dapat mengakibatkan masalah postur tubuh, bahkan memberi impak pada kesihatan seluruh tubuh badan. Menurut kajian, postur duduk yang salah juga dapat menyebabkan peredaran darah tubuh menurun, memperlambat metabolisme, ketidakseimbangan gula darah dan berpengaruh dalam keseimbangan postur otot.
Berikut ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan postur yang betul semasa menggunakan komputer :
1) Letakkan bantal / kusyen kecil
Letakkan bantal atau kusyen kecil pada sebelah bawah punggung anda. Ini dapat membantu pinggang anda berasa lebih selesa dan santai semasa duduk.
2) Sesuaikan postur tubuh
Kalau anda duduk atas kerusi yang paling selesa di dunia sekalipun tapi cara duduk anda tidak betul, ia tetap tidak akan memperbaiki postur tubuh. Anda disarankan tidak membongkok, terlalu dekat dengan keyboard, skrin dan menyilang kaki.
Postur tubuh yang salah


Berikut adalah cara duduk yang betul :

* Kedua-dua tapak kaki diletakkan lurus di atas lantai.
* Pastikan siku diletakkan di atas sandaran sisi kerusi (kalau kerusi ada tempat sandar tangan). Bagi kerusi yang tiada sandar tangan, pastikan siku anda dalam keadaan hampir 90 darjah (seakan-akan ada tempat penyandar tangan).
* Kepala menghadap lurus ke hadapan skrin komputer / laptop. Lagi bagus jika mata anda setaraf dengan bahagian atas skrin komputer / laptop. 
* Fokus pada pernafasan perut untuk meningkatkan oksigen ke tubuh. Ini akan membuatkan anda santai.

3) Banyakkan bergerak

Elakkan daripada duduk seharian atas kerusi. Anda disarankan untuk bangun dan berjalan setiap 15 - 30 minit untuk meregangkan otot.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang computer posture, sitting posture, correct sitting posture, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday 16 January 2014

BEZA antara MAC vs WINDOWS

MAC vs WINDOWS



Ramai yang bertanya apa perbezaan di antara mac dan windows. Untuk itu kami membuat article untuk memberi pendedahan berkenaan perbezaan antara mac dan windows ini. Article ini tidak menyebelahi mana-mana pihak mac atau windows. Sila simpan ini dalam fikiran kerana anda membaca dan berkongsi pendapat anda dalam perbincangan.



Barangan perkakas Mac terlalu mahal tetapi amat berbaloi dengan apa yang anda dapat.



Ramai di antara kita mempertikaikan tentang harga kos mac adalah terlalu tinggi, tetapi pada mereka yang telah lama menggunakan mac ini merasakan ianya tidak merugikan untuk di belanja bagi mendapatkan sebuah komputer yang mempunyai performance yang mantap.

Memang anda boleh katakan bahawa banyak perkakas windows yang lebih murah tetapi lebih mantap daripada perkakas mac. Tetapi terdapat banyak gangguan dari segi kelajuan pemrosessan informasi. Jika anda menggunakan Mac OS, anda boleh rasakan bertapa pantasnya sesebuah komputer mac memproses informasi.



Ini adalah kerana Mac OS telah dicipta hanya untuk perkakas yang di khaskan untuk komputer MAC sahaja. Segala yang terisi di dalam sebuah komputer MAC telah ditetapkan dan tidak boleh diubah sesuka hati. Ianya menjadikan komputer MAC amat istimewa.


Windows memberi kemudahan yang fleksibel.



Berbanding dengan komputer MAC, Windows secara semulajadi telah menawarkan kepada penggunanya untuk menaiktaraf perkakas dalam mengikut kehenda penggunanya. Oleh disebabkan itu, hampir 98% pengguna PC windows lebih gemar menggunakan sistem os windows kerana mereka boleh menaiktaraf perkakas dalaman komputer mereka mengikut peredaran zaman teknologi.


Windows adalah tulang belakang PC mana-mana. 98% daripada kita membesar di PC, atau menggunakan komputer setiap hari, sama ada di rumah atau di tempat kerja. Windows adalah fleksibel dalam hal itu, merasai segala-galanya daripada permainan terkini. Anda boleh membeli PC pra-dibina dengan Windows dari beratus-ratus penjual atau membina  sendiri dari awal dengan beribu-ribu bahagian yang berlainan. pada masa yang sama, anda boleh membina sebuah PC yang sesuai dengan semua keperluan anda dengan sempurna. Fleksibiliti itu penting, walaupun datang pada harga yang berbeza.


Sistem operasi yang mudah digunakan.


Mac mempunyai reputasi sebagai pilihan yang lebih intuitif. Tetapi jika anda bertanya kepada segelintir pengguna Windows anda akan mendapati bahawa mereka menganggap platform ini pasti lebih sukar untuk difahami. Kami percaya ia mungkin kerana sesetengah pengguna windows lebih biasa menggunakan sistem GUI (graphics user interface) windows. Tetapi ada juga segelintir yang biasa menggunakan kedua-dunya. 

Secara mudahnya, jika anda membiasakan diri untuk menggunakan kedua-dua jenis sistem operasi, pastinya tiada lagi isu yang mengatakan sistem operasi apple sukar untuk di gunakan.


Jika diikutkan peredaran zaman kini, windows juga sudah memperbaharui sistem operasi mereka melalui Windows 8. Banyak yang di ubah di dalam sistem ini. Namun ianya tetap juga mudah untuk difahami kerana hanya beberapa fungsi sahaja diubah. Contoh yang mudah kita nampak dari segi fungsi Start bar. Jika kita lihat dari Windows 7 ke bawah, kita di biasakan dengan start button pada start bar.


Berbeza dengan windows 8 ianya sudah di ubah menjadi start menu, tiada lagi start bar yang seperti di sediakan pada windows 7 dan sebelumnya. Ini menjadi masalah kepada mereka yang sudah biasa dengan start bar kerana start menu sukar untuk di gunakan bagi mereka yang malas untuk mempelajari perkara baru.

 


Secara kesimpulannya, jika anda ingin menerima perkara yang baru, anda perlu untuk mempelajarinya. Teknologi hari ini sudah semakin laju berkembang. Jika kita masih lambat untuk mempelajari perkara baru, maka kita akan mengalami kelewatan menerima perkembangan teknologi ini. Selamat mencuba, dan semoga BERHASIL!!

Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Laptop Terkena Air?


Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Laptop Terkena Air?

Memang sudah menjadi kebiasaan pengguna laptop, asal nak guna laptop je mesti nak kena ada makanan atau minuman dekat sebelah, lagi-lagi kalau tengah layan 'movie', peh, memang layan habis... Tapi tahukah, sebenarnya anda sedang memperjudikan nasib motherboard laptop anda!




Umum mengetahui akibat air tertumpah atau terkena motherboard kerana peluang untuk baik pulih adalah amat tipis. Dan amat bertuah bagi pengguna laptop yang mana pernah mengalami masalah seperti ini kemudian boleh gunakan semula laptop seperti biasa.

Di sini kami ingin kongsikan dengan anda apakah yang perlu dilakukan apabila laptop anda terkena air :

1) Off kan dulu laptop

Mungkin naluri keghairahan anda sangat kuat untuk menguji dulu laptop anda samada masih boleh on atau tak, namun kebiasaannya ia tidak akan bertahan lama, setelah beberapa ketika, laptop anda akan off juga, kami sarankan agar anda off kan dulu laptop yang dah termasuk / tertumpah air.

2) Tanggalkan komponen laptop

Lepas dah off kan laptop, tanggalkan adapter charger dan bateri laptop supaya tiada aliran kuasa elektrik sampai terus ke motherboard. Kemudian anda boleh terus buka komponen-komponen yang lain sehingga tinggal motherboard laptop sahaja. (Bagi mereka yang dah biasa buat sahaja, kalau anda tak berani nak buka, boleh hantar terus kepada yang pakar).



3) Sedut keluar cecair

Jika anda ada pembersih vakum dengan penyedut muncung kecil, boleh digunakan untuk menyedut cecair terutama pada lubang tertentu seperti lubang power jack, usb port dan lain-lain. Kalau takda pembersih vakum, anda boleh buat secara manual, caranya adalah sediakan mangkuk kecil di sebelah anda, kemudian sedut pada lubang-lubang yang dimasuki air tersebut. Ingat, lepas anda menyedut, pastikan anda meludah ke dalam mangkuk kecil tadi bagi mengelakkan tertelan sebarang jenis bahan kimia mekanikal dari motherboard laptop anda.

4) Keringkan motherboard

Taburkan semangkuk beras nasi ke atas motherboard laptop anda. Biarkan selama 48 jam. Jangan sesekali menggunakan pengering rambut, kerana ia akan merosakkan chip ic dalam motherboard. Kalau nak gunakan kain atau tisu, pastikan tiada sebarang benang yang terlekat pada motherboard, dikhuatiri motherboard laptop anda shock selepas anda on semula laptop.

5) On semula laptop

Bersihkan motherboard dari beras nasi yang ditabur sebelum ini, jika masih terdapat wap-wap air, keringkan terus dengan kain bersih. Dengan memasukkan kapas pengorek telinga dalam lubang-lubang seperti power jack dan usb port, dapat membantu mengukur jumlah lembapan yang masih tinggal. Jika masih kelihatan basah, boleh masukkan beberapa beras nasi ke dalam lubang tadi, kemudian biarkan dalam sehari lagi. Jika betul-betul sudah kering, anda boleh pasang semula laptop anda dan cuba on kan. Jika masih berfungsi, alhamdulillah. Jika tidak, anda boleh menghantar laptop ke kedai komputer.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang water damaged, laptop masuk air, water damage, laptop water damage, water damage repair, laptop water damage repair, water damage laptop, laptop terkena air, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Monday 13 January 2014

Repair LED / LCD Screen for All Laptops

Repair LED / LCD Screen for All Laptops




Kepakaran kami adalah membaiki, menukar, mengenalpasti masalah LCD / LED Screen laptop atau netbook

Kami menyelesaikan masalah kritikal pengguna laptop seperti menggantikan lcd yang


pecah,
retak,
kemek,
rosak,
tak keluar gambar,
berwarna putih ,
berbelang belang,
ada gambar tapi takda lampu,
gambar macam TV rosak
bergegar gegar dan semua masalah LCD



sebelum

selepas



saya memasang LCD / LED Screen HIGH DEFINITION jenis baru dan berkualiti dan mempunyai

Compaq Presario CQ40 Family
Sangat terkenal dengan masalah LCD screen nya
SILA KLIK SINI JIKA LCD CQ40 ANDA ADA MASALAH

3 BULAN JAMINAN, FREE INSTALLATION, FREE GIFT, FREE VOUCHER, FREE Consultation, FREE checking

pemasangan cuma 15 minit ke 30 minit sahaja!!!

----------------------------------------------------------------------------------
Kami mengimport setiap LCD dan LED screen kami dari luar negara 

Haruslah diingatkan, skrin yang kami import adalah 
baru
original 
direct dibawa dari kilang

Screen yang kami import BUKAN
ciplak
gredA++
2nd hand
refurbished

Sila klik di sini untuk mengetahui samada LCD LED screen itu original atau tidak

Contoh LCD Screen 14.1" yang diimport (belakang)

Beberapa kotak LCDdan LED yang telah diimport khas untuk anda




Beberapa keping LCD screen yang berada di dalam stok

Contoh LED Screen 14.0" yang diimport oleh kami (hadapan)


Contoh LED Screen 14.0" yang diimport oleh kami (belakang)




----------------------------------------------------------------------------------


Kami berkebolehan untuk membaiki semua jenis LCD/ LED Screen laptop

Antara jenis laptop yang dapat kami baiki ialah


JENIS LCD screen saiz 14.1" High Res

LCD ini adalah khas untuk model

Acer Aspire : 3620, 3680, 4310, 4315, 4520, 4530, 4710, 4715, 4720, 4730, 4730Z, 4920,4930, 4930G, 5050, 5500, 5540, 5550, 5580

acer travelmate 4630Z

Compaq Presario: v3000 series, v3500 series, V3700 ,CQ40 series , CQ41 series, CQ45

Toshiba : L310, M200, M300, L30

Hp Compaq 6910, nx6330,

Lenovo :Thinkpad T400, T410, T61, SL400, SL410

DELL: Inspiron 1420, 1440, Vostro 1400

HP: pavilion DV2000, DV4, 520

BenQ :Joybook R series like R43, SQ41

Asus : X80L, AJ8, AJ8S

FTEC yang bersaiz 14.1 inch

M LIFE yang bersaiz 14.1 inch

MSI yang bersaiz 14.1 inch (sila hubungi)




sebelum


selepas

 Jenis LED screen saiz 14.0 inch High Definition


Khas untuk 

Acer Aspire : 4551, 4935,4935G 4736, 4736z, 
4736g,4741, 4253, 4540, 4732, 4738, 4738z, 4740

Compaq Presario: CQ42, CQ43 , 510

Toshiba : C640, L645, L645D, M500, L510,

Lenovo : B450, G450, G455, Y450, Y460

DELL: n4010, n4030, n4050, studio 1458, n4110,
inspiron 1440, inspiron 1464

HP: pavilion G4, G42, hp probook 4410

Samsung : R440, RC420

Asus : A53S, X42Jr, A42 series, A42J, K42 series,
K42F, K42J, K40AE, U41 series, U41J

MSI : FX4xx series = 400, 420, 460, 480


sebelum


selepas


Jenis LED screen saiz 10.1 inch HD

acer aspire one 110
acer eMachine eM350
hp mini 110, 210
lenovo ideapad s10-2
samsung N110, N148
Toshiba NB200
asus eeePC
natsys 1malaysia
HP 1malaysia
acer e machines 1 malaysia
clevo 1malaysia
dell inspiron 10
acer aspire one : happy , 521, D257, D255,D256, D260
lenovo ideapad : s100, s10-3
samsung : nc110, nc210
msi wind u 160

----------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah antara laptop yang pernah kami baiki LCD/LED screennya

Apple Macbook Pro


sebelum

Acer Aspire 4520

Acer Aspire 4736G


Asus A43


Dell Inspiron 1420

Asus X59


Compaq  Presario CQ40

Friday 10 January 2014

Repair Laptop Geng-geng Silver (Acer Aspire 4741)

Repair Laptop Geng-geng Silver (Acer Aspire 4741)




Entah kenapa minggu ni, laptop geng geng silver menyerbu masuk premis kami dengan pelbagai masalah.
laptop ini adalah dari siri Acer Aspire 4741.

Masalah yang berlaku sebelum ini adalah seperti berikut :-
  • Tak boleh ON
  • ON tiada display
  • Bila ON sahaja terus shut down
  • Overheat
  • Hang


Pandangan belakang, pasal tu kami panggil ianya geng geng silver

Kami dapati, setiap laptop ini mempunyai satu masalah iaitu saluran pengudaraan yang tersumbat dengan habuk. Laptop ini memang dikenali sebagai laptop yang memerangkap habuk dengan banyak.
Kami merasakan itulah puncanya sehingga menyebabkan chipset overheat lalu rentung.

Masalah ini selesai apabila kami serahkan kepada pakar teknikal kami menggantikan 'CHIPSET' lama yang telah rosak kepada yang baru menggunakan mesin berteknologi tinggi.
Kami juga membersihkan kipas dan heatsink bagi memastikan sistem penyejukan berjalan lancar
Oleh sebab itu kami memberi jaminan untuk setiap laptop yang membaiki 'motherboard' dengan kami selama 3 bulan.

Jika ada kenalan, keluarga atau sesiapa sahaja yang menggunakan laptop dari jenis ini dan mempunyai masalah, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada mereka.. Untuk anda, jangan lupa bersihkan heatsink itu ya.
artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah, ok computer solution, acer aspire 4741


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

LAPTOP ROSAK ANGKARA ADAPTER

Akibat guna  adapter yg rosak dan tidak sesuai



Kurangnya Kepekaan pengguna terhadap kerosakkan adapter dan ketidaksuaian adapater boleh memberikan impak kerosakkan yg sangat teruk kepada laptop mereka
.Tetapi sejak dua menjak kebelakangan ini kebanykkan pengguna lebih suka memilih untuk menggunakan adapter universal atau All-In-One

tahukah Anda akan akibatnya menggunakankan adapter yang sudah rosak atau tidak sesuai boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti berikut:-


-LCD/LED screen akan mudah rosak


-Hard Disk Driver (HDD) lagging atau tersekat-sekat


-Chipset mudah rosak

-Motherboard mudah terbakar



-Ram tidak boleh berfungsi dengan sempurna


-Bateri akan mudah rosak





Universal adapter vs Original/Replacement adapter

Universal adapter merupakan adapter yang boleh dilaras mengikut kadar voltan dan arus elektrik yang anda mahukan. Ia juga mempunyai connecter yang pemboleh ubah mengikut laptop anda. Namun ianya agak kurang selamat digunakan kerana, apabila sudah lama digunakan, pelaras voltan itu akan menjadi rosak dan boleh memberi efek kepada laptop anda.

Tidak seperti Original/Replacement adapter, kadar voltan dan arus elektrik-nya sudah ditetapkan dan tidak boleh di ubah. Ia lagi selamat untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang.


Universal adapter


Replacement adapter

Dari sini pentingnya bagi anda untuk memiliki power adapter yang betul-betul bersesuaian dengan laptop anda. Elakkan dari mengguna Universal power adapter. Kerana voltan yang disalurkan tidak menentu. Gunakan power adapter yang khusus bagi laptop anda, agar laptop anda mendapat punca kuasa yang sesuai dengannya.

Anda pengguna harus menjadi bijak untuk mendapatkan power adapter yang terbaik bagi laptop anda. Jangan kerana salah memilih adapter untuk laptop anda, anda terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki laptop anda yang rosak akibat dari kesilapan yang kecil. Kami OK Computer Solution perihatin tentang laptop anda.






Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.