Wednesday, 26 March 2014

[Punca Komputer Jadi Lembab]

[Punca Komputer Jadi Lembab]

Kepakaran kami dalam bidang repair komputer kini mencecah hampir 12 tahun. Selama 12 tahun ini kami telah menemui pelbagai masalah laptop atau komputer yang kami tahu ianya dapat dielakkan dengan mengubah sedikit tabiat dan tanpa mengeluarkan sedikit wang pun.

Bagaimana tidak mahu rosak LCD?

95% dari pelanggan kami tidak tahu bagaimana hendak menjaga laptop dan tahu guna sahaja.
Bila ada kesempatan pasti kami akan memberi nasihat agar pelanggan kami dapat mengelakkan kerosakan laptop. Duit yang ada, ada baiknya digunakan untuk makan minum anak bini dan tujuan pelajaran.

Ramai  yang terpaksa menghabiskan beratus ratus ringgit untuk membaiki laptop mereka kerana mereka tidak pernah diberitahu oleh yang mengetahui yakni yang dari seorang pakar

Ramai juga yang di overcharge oleh pihak kedai komputer yang cekik darah kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang laptop. Senang cerita tau guna je.

Sedikit habuk boleh memusnahkan laptop anda


Laptop merupakan keperluan masa kini sama seperti kereta yang anda pandu. Jika kereta rosak, orang kata patah kaki, tapi kita still boleh naik bas kerana tujuan sebuah kereta adalah bergerak dati point A ke point B
tapi LAPTOP? adakah boleh diganti? umum mengetahui bahawa laptop adalah barang peribadi, yang mana gambar, data, fail kerja, dokumen tesis masa universiti dan lain lain benda penting anda simpan dalam laptop.
Jadi penjagaan laptop sangatlah penting! kerana setiap fail adalah tidak ternilai!

Tahukah anda menjaga adapter ?


Suka kami nyatakan di sini, komputer adalah keperluan elektronik NO.2 selepas henset yang terpenting
Tetapi mantainancenya sangatlah tinggi berbanding henset
Jadi penjagaannya amatlah penting.

Harga keyboard mahal anda tahu?

Oleh itu kami merasakan amat berdosa jika kami sebagai seorang pakar tidak memberitahu anda tentang bagaimana hendak menjaga komputer agar anda dapat menjimatkan wang, masa dan data anda!
Kami akan memberitahu tips tips penjagaan laptop, sedikit demi sedikit agar kita semua mendapat manfaatnya

bateri selalu rosak? kenapa?


Tips tips ini akan ditambah dari masa ke masa untuk kebaikan semua

Jika anda merasakan tips tips ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah.
Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.