Friday, 10 January 2014

Tips Menjaga laptop anda

Tips Menjaga laptop anda

Kepakaran kami dalam bidang repair komputer kini mencecah hampir 12 tahun. Selama 12 tahun ini kami telah menemui pelbagai masalah laptop atau komputer yang kami tahu ianya dapat dielakkan dengan mengubah sedikit tabiat dan tanpa mengeluarkan sedikit wang pun.

Bagaimana tidak mahu rosak LCD?

95% dari pelanggan kami tidak tahu bagaimana hendak menjaga laptop dan tahu guna sahaja.
Bila ada kesempatan pasti kami akan memberi nasihat agar pelanggan kami dapat mengelakkan kerosakan laptop. Duit yang ada, ada baiknya digunakan untuk makan minum anak bini dan tujuan pelajaran.

Ramai  yang terpaksa menghabiskan beratus ratus ringgit untuk membaiki laptop mereka kerana mereka tidak pernah diberitahu oleh yang mengetahui yakni yang dari seorang pakar

Ramai juga yang di overcharge oleh pihak kedai komputer yang cekik darah kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang laptop. Senang cerita tau guna je.

Sedikit habuk boleh memusnahkan laptop anda


Laptop merupakan keperluan masa kini sama seperti kereta yang anda pandu. Jika kereta rosak, orang kata patah kaki, tapi kita still boleh naik bas kerana tujuan sebuah kereta adalah bergerak dati point A ke point B
tapi LAPTOP? adakah boleh diganti? umum mengetahui bahawa laptop adalah barang peribadi, yang mana gambar, data, fail kerja, dokumen tesis masa universiti dan lain lain benda penting anda simpan dalam laptop.
Jadi penjagaan laptop sangatlah penting! kerana setiap fail adalah tidak ternilai!

Tahukah anda menjaga adapter ?


Suka kami nyatakan di sini, komputer adalah keperluan elektronik NO.2 selepas henset yang terpenting
Tetapi mantainancenya sangatlah tinggi berbanding henset
Jadi penjagaannya amatlah penting.

Harga keyboard mahal anda tahu?

Oleh itu kami merasakan amat berdosa jika kami sebagai seorang pakar tidak memberitahu anda tentang bagaimana hendak menjaga komputer agar anda dapat menjimatkan wang, masa dan data anda!
Kami akan memberitahu tips tips penjagaan laptop, sedikit demi sedikit agar kita semua mendapat manfaatnya

bateri selalu rosak? kenapa?


Tips tips ini akan ditambah dari masa ke masa untuk kebaikan semua

Jika anda merasakan tips tips ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah.
Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday, 9 January 2014

Bagaimana Mengenalpasti Model Laptop Anda

Bagaimana Mengenalpasti Model Laptop Anda

Artikel ini adalah untuk menerangkan bagaimana nak mengetahui model laptop anda. Dengan model penuh laptop, kita dapat cek dengan lebih tepat spesifikasi setiap komponen yang diguna pakai oleh sesebuah laptop.

Untuk laptop jenama Acer, tak semestinya semua mempunyai jenis skrin, keyboard, charger yang sama. Sebagai contoh, untuk model penuh Acer Aspire 4736, skrinnya adalah jenis LED 14.0 Normal, manakala Acer Aspire 4810T Timeline menggunakan skrin jenis LED 14.0 Slim. Kesimpulannya, setiap model berbeza saiz, jenis dan harga.


Anda boleh kenali model penuh laptop anda dengan hanya melihat pada bahagian bawah laptop seperti contoh di bawah :


Model penuh : Acer Aspire 5750


Model penuh : Asus K50I


Model Penuh : Sony PCG-7A2L


Model penuh : Toshiba Satellite L45


Ada juga sesetengah jenama laptop mempunyai nombor model di sebelah depan laptop. Contohnya seperti berikut :


Model penuh : Acer Aspire 5750


Model penuh : Dell Latitude E6410

Selain itu, kebanyakan laptop mini pula seperti asus eee pc, hp mini dan lain-lain mempunyai nombor model pada sebelah bawah bateri. Kebiasaannya anda kena cabut dulu bateri tersebut baru boleh nampak model penuh seperti contoh di bawah :


Laptop yang sudah ditanggalkan bateri


Model penuh : Hp Mini 110-3130TU

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang model laptop, how to know laptop model, laptop model, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Tuesday, 31 December 2013

Antara kerosakan adapter

Antara kerosakan adapter

YA masih ramai diantara kita masih mengambil mudah akan masalah kerosakkan adapter. Mungkin barangkali harga Adapter begitu murah bagi mereka.
Ayuh saya terangkan bagaimana kita ingin mengetahui antara jenis-jenis kerosakkan adapter yang mana kita harus ambil SERIUS kerana boleh mengakibatkan
mimpi ngeri yang berpanjangan, kemurungan , tidur tidak lena dan mandi x basah

-apabila cursor mouse menjadi tidak menentu
-apabila laptop shutdown bila adapter panas
-adapter panas terlampau
-mengeluarkan bunyi seperti percikkan api
-bau hangit seperti terbakar
-apabila icon charging tidak menentu
-wayar adapter kembung
-lapisan getah wayar sudah terkoyak







Akibat guna adapter yg rosak dan tidak sesuai

Akibat guna  adapter yg rosak dan tidak sesuai

Kurangnya Kepekaan pengguna terhadap kerosakkan adapter dan ketidaksuaian adapater boleh memberikan impak kerosakkan yg sangat teruk kepada laptop mereka
.Tetapi sejak dua menjak kebelakangan ini kebanykkan pengguna lebih suka memilih untuk menggunakan adapter universal atau All-In-One


tahukah Anda akan akibatnya menggunakankan adapter yang sudah rosak atau tidak sesuai boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti berikut:-


-LCD/LED screen akan mudah rosak


-Hard Disk Driver (HDD) lagging atau tersekat-sekat


-Chipset mudah rosak

-Motherboard mudah terbakar



-Ram tidak boleh berfungsi dengan sempurna


-Bateri akan mudah rosak





Universal adapter vs Original/Replacement adapter

Universal adapter merupakan adapter yang boleh dilaras mengikut kadar voltan dan arus elektrik yang anda mahukan. Ia juga mempunyai connecter yang pemboleh ubah mengikut laptop anda. Namun ianya agak kurang selamat digunakan kerana, apabila sudah lama digunakan, pelaras voltan itu akan menjadi rosak dan boleh memberi efek kepada laptop anda.

Tidak seperti Original/Replacement adapter, kadar voltan dan arus elektrik-nya sudah ditetapkan dan tidak boleh di ubah. Ia lagi selamat untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang.


Universal adapter


Replacement adapter

Dari sini pentingnya bagi anda untuk memiliki power adapter yang betul-betul bersesuaian dengan laptop anda. Elakkan dari mengguna Universal power adapter. Kerana voltan yang disalurkan tidak menentu. Gunakan power adapter yang khusus bagi laptop anda, agar laptop anda mendapat punca kuasa yang sesuai dengannya.

Anda pengguna harus menjadi bijak untuk mendapatkan power adapter yang terbaik bagi laptop anda. Jangan kerana salah memilih adapter untuk laptop anda, anda terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki laptop anda yang rosak akibat dari kesilapan yang kecil. Kami OK Computer Solution perihatin tentang laptop anda.







Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

ADAPTER ROSAK punca masalah motherboard terbakar

ADAPTER ROSAK punca masalah motherboard terbakar

Ramai pernguna laptop tidak tahu antara penyebab laptop mereka terbakar salah satunya disebabkan oleh ADAPTER . YA BETUL disebabkan ADAPTER, tapi sebab ADAPER yang ROSAK..



Mana tidaknya, aliran elektrik yg tidak normal dan berlaku spark pada adapter seperti adpter yang digigit haiwan perosak dan juga pemilihan adapter yang tidak khusus untuk jenis laptop anda

Setiap laptop mempunyai kadar voltan atau aliran arus elektrik yang sesuai baginya. Tidak semua laptop mempunyai kadar voltan atau aliran elektrik yang sama. Bagi laptop yang kecil, kadar voltan dan arus elektriknya lebih kecil daripada yang besar. Maksudnya di sini semakin besar sesebuah laptop itu, makin besarlah kapasiti voltage yang di perlukan.

Perkara ini disebabkan setiap kompenen yang berada didalam sebuah laptop itu mempunyai kadar voltan yang telah di khususkan. Jika ianya disalurkan dengan voltan dan arus elektrik yang lebih, ia akan rosak. Jika kurang disalurkan voltan dan arus elektrik, ia tidak akan berfungsi.


sekali gus boleh menyebakkan kerosakkan yang serius pada laptop anda seperti motherboard atau chipset terbakar serta kompenen-kompenen lain





Jadi elakkan daripada adapter anda terdedah kepada haiwan perosak untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini terjadi

Punca-punca kerosakan adapter

Punca-punca kerosakan adapter

Tengah guna laptop tiba.. power xder.. !!!.. apa ciitaaa

Kami tahu ramai diantara pengguna-pengguna laptop di luar tidak tahu punca-punca kerosakkan adapter sekali gus tidak sedar perbuatan yang mereka buat boleh merosakkan adapter mereka
Contohnya :-

-menggunakan adapter secara lansung terlalu lama


-meletakkan adapter di atas permukaan yang menyerap haba semasa menggunakan adapter


-menyimpan adapter dengan cara yang salah. boleh lihat disini


-menggunakan extension plug yang tidak berkualiti dan tidak sesuai


-cara mengguna kan adapter yang salah pada extension


-cara menggunakan adapter yang salah. elakkan wayar adapter berlipat-lipat


-aliran elektrik rumah/premis yang tidak normal.


-digigit haiwan perosak



Oleh itu anda sangat dinasihatkan untuk menjaga adapter anda dengan cara yang betul bagi mengelakkan kebocoran wang yang berlebihan samada untuk menukar adapter baru mahupun
untuk membaiki laptop yang terbakar disebabkan oleh kerosakkan adapter

Karenah Adapter Laptop bila bermasalah

Karenah Adapter Laptop bila bermasalah

Adapter Laptop ibarat nyawa kepada laptop. tanpa adapter laptop tidak mampu bernafas dengan sendiri Tetapi Selama kita guna adapter laptop kita. Kadang-kadang kita sering mengalami masalah seperti

- adapter panas..
- screen berkelip2
- icon charging berubah2
- mouse cursor error/ jadi giler la org kata
- nak buat rating x lepas.
- laptop akan terpadam bila adapter panas.
- mengeluarkan punyi seperti percikan api di dalam adapter

tahukah anda itu kemungkinan adalah petanda kerosakan pada adapter anda. saya percaya ramai yang mengalamai masalah ini tetapi tidak tahu apa yang patut dibuat.
Perkara pertama yang anda patut buat ialah anda beli adapter charger yg baru kalu memang betul charger anda rosak. Ini kerana adapter charger yang rosak boleh mengakibatkan
pelbagai masalah laptop datang kepada anda seperti laptop terbakar, Screen laptop rosak, bateri laptop rosak dan lain-lain yang mana menelan belanja yang mahal.

Jadi kepada mereka yang pernah mengalami masalah-masalah tersebut berhati-hati dalam mengenadalikan laptop anda. Jangan biarkan hidup anda diselubungi penyesalan