Saturday 13 December 2014

Petua Membeli Laptop Terbaik

Jenama Laptop Terbaik Harus Anda Beli...


Baiklah, kebiasaanya pembeli akan menilai laptop berdasarkan jenama, rekabentuk, prestasi, warna dan harga. Pada kali ini, saya cuma berkongsi pengalaman saya sebagai penjual laptop sambilan.
Lakaran Menggunakan Pensil 2B...!

Petua
Buat sedikit "research" top 10 atau top 5 laptop yang paling anda suka.
Saya berikan contoh top 10...
1. Asus
2. Fujitsu
3. Apple
4. Dell
5. Toshiba
6. HP
7. Lenovo
8. NEC
9. Samsung
10. Sony
Kemudian, daripada top 10, cuba anda pilih 5 yang paling anda suka.
Saya senaraikan 5 contoh pilihan saya sendiri.
1. Asus
2. Dell
3. Samsung
4. NEC
5. Fujitsu
Daripada 5 pilihan, pecahkan kepada 3 pilihan paling disukai.
Saya berikan contoh pilihan 3 terbaik. ( pilihan saya sendiri )
1. Asus
2. Dell
3. Fujitsu
Akhir sekali, pilih salah satu yang terbaik daripada 3 pilihan.
Petua ini top 10, top 5 dan top 3 adalah berdasarkan 5 perkara : 
1. Jenama
2. Prestasi ( jenis CPU, kelajuan CPU dan RAM,  ciri-ciri moden contohnya USB 3.0, HDMi )
3. Rekabentuk ( berkotak / aerodinamik / nipis )
4. Warna / corak ( gelap / cerah / batik / wooden effect / country style )
5. Harga yang ditawarkan ( bergantung pada bujet )
Perkara yang perlu dielakkan ketika membeli laptop
1. Jangan beli kerana disebabkan kawan-kawan ramai beli, jenama tersebut banyak di kedai-kedai komputer, kerana kata-kata promoter...sebaliknya beli kerana anda sudah betul-betul yakin jenama laptop yang akan anda beli itu adalah yang terbaik setelah dikaji / servey.
2. Jangan beli kerana cadangan / pujukan dari penjual / promoter kedai tersebut. Untuk pengetahuan anda, 80% penjual adalah kurang jujur dan hanya memikirkan keuntungan. Servey dahuli di forum internet, cari masalah dan kelebihan sesuatu jenama laptop yang ingin dibeli.
3. Jangan sesekali merasakan "....ah! semua laptop sama je...! harga je ada murah ada mahal" Setiap pengeluar menghasilkan produk untuk perniagaan iaitu mencari keuntungan jualan, maka buatlah kerja "servey" beberapa tempat / kedai sebelum anda yakin untuk membelinya. Jangan terlalu cepat percaya dengan iklan / promosi / kata-kata manis jurujual yang kononya ia paling baik.
4.  Elakkan membeli jenama laptop yang ditawarkan dengan harga murah sedangkan spec yang diberikan adalah sama seperti jenama laptop lain tetapi harganya mahal dan berpatutan dengan spec diberikan. Kebiasaanya laptop begini amat mudah rosak walaupun spec yang diberikan sangat bagus. Contohnya, sepatutnya spec diberi adalah pada harga RM1,300 tetapi harga ditawarkan jauh lebih murah. Hati-hati dengan perkara terselindung seperti ini!
5. Beli berdasarkan tujuan penggunaan!. Sekiranya untuk kerja-kerja menaip, internet dan blogger, harga RM1, 200 hinga 1, 400 adalah memadai. Sekiranya tugasan berkaitan designer, pilihlah yang berharga RM2,000 hingga RM4,000 yang menjanjikan prestasi optimum. Jika anda sukakan Photoshop, Premiere dan sepertinya, saya cadangkan pilih jenama Apple.
OS dan Perkakasan - 3 perkara asas untuk optimumkan sebuah laptop.

1. Operating System- Pilih OS siri 64 Bit dan yang paling baik dalam kelasnya.
Contohnya Windows 7 Ultimate 64 Bit ataupun Windows XP Pro 64Bit.
2. Processor - AMD atau Intel. Kelajuan 1600Mhz hingga 1800Mhz, memadai untuk tugasan seperti menaip, blogger, melayari internet di laman sosial dan kerja-kerja ringan yang lain. Saya lebih suka memilih Processor AMD kerana ianya lebih cekap dan laju serta menjimatkan bateri....Disamping itu amat lancar untuk kerja-kerja suntingan video / audio dan foto. Terdapat juga Procesor yang boleh menjana kuasa sehingga 3.6Ghz, terpulang pada kemampuan dan tujuan anda membelinya.
3. Memory ( RAM ) - Pilih jenis terkini, iaitu DDR3. Menaiktaraf RAM kepada saiz lebih besar adalah bagus, namun anda haruslah membaca dahulu buku panduan disediakan untuk menegtahui saiz terbesar yang mampu ditampung oleh laptop yang ingin dibeli. Contohnya, saiz paling tinggi yang mampu ditampung adalah 8GB DDR3 1600Mhz PC3-12800. Maka, ikut spec bacaan Mhz dan PC3 serta tidak melebihi 8GB. ( PC3 bermaksud, ia dari jenis DDR3 dan data per saat bersamaan 12.8Mbps....manakala, Mhz adalah kelajuan detik jam per saat ). Lihat pada tajuk Perbezaan RAM.


" Semoga panduan ringkas ini mampu membantu anda dalam memilih Laptop / Netbook pilihan hati "
Macam mana?  Dah faham ke?, sila komen di ShoutBOX Soalan atau Komen dibawah!
Setakat ini, laptop yang paling best saya pakai Dell Inspiron M501R  bersaiz skrin 15.6" inci LED, processor AMD Phenom II X4 Quad-Core, Blu-Ray Disc dan menggunakan RAM 6GB RAM masa tahun 2010 dulu! Fuh...memang power! Amat sesuai edit foto dan video, apatahlagi bermain game...Model macam ni dah tak keluar dah sekarang...tapi saya yakin akan ada lagi versi seterusnya dari AMD!


sumber gambar : www.asus.com
sumber gambar : uygarr.blogspot.com
sumber gambar : laptop-computer-planet.com
sumber gambar : www.notebookzone.hu
sumber gambar : techywhack.com