Repair Laptop Compaq Presario CQ42
Masalah Laptop Compaq Presario CQ42
Namun model ini mempunyai satu masalah yang boleh dikatakan kerap berlaku. Laptop yang telah digunakan selama 2 tahun dan keatas akan mengalami masalah "Cannot On". Kami sudah membuat kajian bahawa 7 daripada 10 orang yang menggunakan model CQ42 ini mengalami masalah "Cannot On".
Namun masalah ini terjadi kepada pengguna yang menggunakan processor Intel sahaja dan tidak berlaku kepada pengguna yang memakai processor AMD. Adakah ini disebabkan processor Intel sangat tidak berkualiti? Dan apakah ini menandakan kita perlu memilih processor AMD selepas ini?
Punca Masalah
Compaq memang terkenal dengan kepanasan yang merosakan sistem dan juga mendatangkan masalah kepada motherboard. Tetapi jika kita menjaga dengan baik seperti servis laptop setiap 6 bulan sekali mungkin perkara seperti ini tidak akan berlaku.
Kesemua laptop model CQ42 yang mengalami masalah "Cannot On" berlaku disebabkan kipas dan heatsink dipenuhi dengan habuk.
Cara penyelesaian
Jalan yang terbaik jika laptop anda sudah tidak dapat ON, tukar motherboard adalah cara yang terbaik. Ini kerana jika masalah "Cannot On" berlaku itu sudah memendekan jangka hayat laptop anda. Tetapi harga sekeping motherboard untuk CQ42 ini adalah seperti anda membeli laptop yang baru. Untuk jaminan selama 3 bulan sahaja harga tersebut amatlah tidak berbaloi.
Namun kami mempunyai keadah yang selamat dan juga ekonomi. Kami menukar chipset yang telah rosak kepada yang baru serta dijamin selama tiga bulan. Kaedah ini memerlukan kos yang rendah dimana harganya tidak sama macam beli laptop baru. Disamping itu juga kami melakukan proses cleaning fan dan topup coolant secara percuma kepada anda. Setelah 6 bulan selepas itu barulah anda perlu melakukan servis seperti biasa untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.
Testimoni
Antara laptop yang berjaya ditukarkan chipset power controller dan tiada masalah "Cannot On" lagi.
No comments:
Post a Comment