Agak malang sekali bagi customer kita kali ini kerana laptop beliau Acer Aspire 4551 rosak selepas beberapa minggu habis warranty. Masalahnya adalah masalah biasa bagi laptop Acer Aspire 4551 iaitu bila on gambar tak keluar dekat skrin, so bila ditanya customer beliau memang tak pernah servis (cuci) kipas laptopnya. Setelah berjam-jam kami mencari punca masalah memang sahih chipset grafiknya rosak. Solusi daripada masalah ini adalah kami menukar chipset-nya dengan yang baru. Kami tidak reboil, resolder, reheat dan sewaktu dengannya kerana melalui pengalaman kami tahu kaedah tersebut tidak akan tahan lama. Kami memberikan jaminan 3 bulan terhadap hasil kerja kami ini. Ketika customer datang untuk mengambil laptopnya yang sudah pulih, beliau sangat berbesar hati dengan hasil kerja kami. Tapi apa yang penting bagi kami adalah melihat senyuman yang terbit dari wajah customer ini membuatkan kami berasa puas dapat membantu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kami lakukannya sila klik di sini. |
Berikut merupakan antara kes sama yang telah kami terima untuk laptop model Acer Aspire 4551. Diharapkan anda mengambil iktibar dan langkah berjaga-jaga sebelum masalah ini terjadi. Sentiasalah anda servis kipas laptop anda. dinasihatkan agar anda melakukan servis ini secara berkala.
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.
No comments:
Post a Comment