[ ASAS MENGESAN KEROSAKKAN KOMPUTER ]
Setiap kerosakan komponen komputer perlu diselesaikan dengan kaedah yang betul, sekiranya kita tidak mempunyai persediaan ilmu yang secukupnya dan hanya membaiki komputer dengan cuba-cuba tanpa kita faham apa yang kita buat, maka dikhuatiri kita hanya menambah kerosakan yang sedia ada, bukannya menyelesaikannya…umpama “tikus membaiki labu” pula nanti.
Bagi membaiki masalah kerosakan komponen komputer, sebaiknya kita fahami terlebih dahulu diagram motherboard, kerana ia adalah tempat dimana setiap komponen komputer dihubungkan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapat ralat “cd-rom not detected”, maka tidak perlulah kita usik processor yang tidak berkaitan dengan ralat tersebut. Kita hanya perlu mulakan mencari punca kerosakan dengan andaian yang paling mudah terlebih dahulu, kita perlu melihat bios setting terlebih dahulu, kemudian periksa sambungan sata / ide / power , kemudian periksa jumper setting, kemudian barulah tukar cd-rom tersebut dengan cd-rom yang lain. Lain-lain komponen komputer yang tidak terlibat tidak perlu diubah apa-apa.
* Anda boleh menguji pemasangan atau mengesan kerosakan hard disk, cd rom drive dan lain-lain pula dengan melihat kepada bios setting pula
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat kepada rakan2 anda.. sila share dengan gembira
kredit utk sofian.info

Asas Kaedah Troubleshooting Komponen Komputer
Namun, kerosakan perkakasan utama seperti processor, ram, motherboard tidaklah semudah itu. Kita perlu membuat pengujian POST terlebih dahulu. Ini kerana kesilapan pemasangan / kerosakan processor, ram, motherboard boleh menyebabkan ralat tiada paparan pada monitor, tidak seperti kerosakan hard disk, tv card dan seumpanya.Cara asas mengesan kerosakan komponen komputer:
-
1. Pasang komponen-komponen komputer yang asas untuk menghidupkan komputer sahaja terlebih dahulu, iaitu:
-
a) Motherboard (nombor 1 – northbridge chipset)
b) Processor (nombor 2)
c) RAM (nombor 3)
d) Built-in / External Graphic Card (nombor 4)
e) Casing
f) Power Supply
g) Monitor
2. Hidupkan komputer.
3. Dua cara untuk memastikan semua komponen komputer tadi telah dipasang dengan baik / berkeadaan baik atau tidak, iaitu:
- a) BIOS Beep Error Code – Sekiranya tiada bunyi beep error, ia menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen yang lain pula.
- b) POST – Sekiranya paparan monitor memaparkan proses POST yang terlibat, ia juga menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen komputer yang lain pula.