Sunday, 27 April 2014

[ ASAS MENGESAN KEROSAKKAN KOMPUTER ]

[ ASAS MENGESAN KEROSAKKAN KOMPUTER ]




Setiap kerosakan komponen komputer perlu diselesaikan dengan kaedah yang betul, sekiranya kita tidak mempunyai persediaan ilmu yang secukupnya dan hanya membaiki komputer dengan cuba-cuba tanpa kita faham apa yang kita buat, maka dikhuatiri kita hanya menambah kerosakan yang sedia ada, bukannya menyelesaikannya…umpama “tikus membaiki labu” pula nanti.

Bagi membaiki masalah kerosakan komponen komputer, sebaiknya kita fahami terlebih dahulu diagram motherboard, kerana ia adalah tempat dimana setiap komponen komputer dihubungkan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapat ralat “cd-rom not detected”, maka tidak perlulah kita usik processor yang tidak berkaitan dengan ralat tersebut. Kita hanya perlu mulakan mencari punca kerosakan dengan andaian yang paling mudah terlebih dahulu, kita perlu melihat bios setting terlebih dahulu, kemudian periksa sambungan sata / ide / power , kemudian periksa jumper setting, kemudian barulah tukar cd-rom tersebut dengan cd-rom yang lain. Lain-lain komponen komputer yang tidak terlibat tidak perlu diubah apa-apa.

Asas Kaedah Troubleshooting Komponen Komputer

Namun, kerosakan perkakasan utama seperti processor, ram, motherboard tidaklah semudah itu. Kita perlu membuat pengujian POST terlebih dahulu. Ini kerana kesilapan pemasangan / kerosakan processor, ram, motherboard boleh menyebabkan ralat tiada paparan pada monitor, tidak seperti kerosakan hard disk, tv card dan seumpanya.


Cara asas mengesan kerosakan komponen komputer:




    1. Pasang komponen-komponen komputer yang asas untuk menghidupkan komputer sahaja terlebih dahulu, iaitu:
      a) Motherboard (nombor 1 – northbridge chipset)
      b) Processor (nombor 2)
      c) RAM (nombor 3)
      d) Built-in / External Graphic Card (nombor 4)
      e) Casing
      f) Power Supply
      g) Monitor
    * Komponen-komponen komputer yang lain jangan dipasang lagi.
    2. Hidupkan komputer.
    3. Dua cara untuk memastikan semua komponen komputer tadi telah dipasang dengan baik / berkeadaan baik atau tidak, iaitu:
      a) BIOS Beep Error Code – Sekiranya tiada bunyi beep error, ia menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen yang lain pula.
      b) POST – Sekiranya paparan monitor memaparkan proses POST yang terlibat, ia juga menandakan komputer berkeadaan baik, maka boleh pasang / uji komponen komputer yang lain pula.
* Adalah sangat disarankan supaya setiap kali selepas memasang processor, ram, external graphic card (jika ada) – jangan terus memasang hard disk, cd-rom, sound card dan komponen-komponen komputer lain terlebih dahulu. Pastikan membuat pengujian seperti kaedah di atas, jika tidak kita mungkin akan mengalami kesukaran untuk mencari punca kerosakan / kesilapan pemasangan sekiranya berlaku error “No Display” pada monitor. Walaupun puncanya ialah disebabkan hard disk tersilap setting jumper, tetapi berkemungkinan kita akan menganggap RAM yang bermasalah pula.
* Anda boleh menguji pemasangan atau mengesan kerosakan hard disk, cd rom drive dan lain-lain pula dengan melihat kepada bios setting pula

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat kepada rakan2 anda.. sila share dengan gembira

kredit utk sofian.info

No comments:

Post a Comment