Wednesday, 27 August 2014

Bilakah Waktu Terbaik Format Laptop?

Bilakah Waktu Terbaik Format Laptop?

Apakah itu format?

Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut bilakah waktu yang sesuai untuk anda format laptop, kami akan bagi tahu serba sedikit apakah yang dimaksudkan / difahami umum pasal 'format komputer / laptop' ni.. 



Menformat komputer adalah suatu proses yang akan membuang / menghapuskan data dan mengimbas sektor yang rosak di dalam hard disk. Ia juga tidak akan memasukkan data ke dalam sektor yang rosak apabila sistem operasi baru dipasang.


Waktu terbaik format laptop

Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba pelbagai cara untuk menjalankan semula sistem komputer tetapi ia masih bermasalah. Secara umumnya, melainkan kita mempunyai pengetahuan dalam pemulihan sesuatu masalah, ia masih sukar untuk dipulihkan. Apabila ini berlaku, memformat komputer merupakan cara yang boleh membantu.

Berikut adalah waktu terbaik untuk anda format laptop :

1) Semasa laptop diserang virus


Kadang-kadang secara sedar atau tidak, memang anda dah padam virus yang menyerang laptop (menggunakan anti -virus), akan tetapi bekas-bekas jangkitan virus tersebut boleh menyebabkan laptop anda jadi lambat dan slow.

2) Data susah nak dihapuskan

Perasan atau tidak, ramai pengguna tidak menyedari bahawa laptop mereka dipenuhi dengan data yang tidak diperlukan (seperti perisian / software, biasanya ini akan terjadi bila anda tengah nak install software yang di 'download' terus dari internet. Pastikan anda 'unclick' pada tawaran untuk install software yang lain / tidak diperlukan). Inilah antara punca laptop anda jadi 'hang'. Dan yang paling parahnya, data-data yang tidak diperlukan tadi amat sukar untuk dihapuskan.

3) Nak upgrade sistem operasi sedia ada


Sebagai contoh, laptop anda menggunakan sistem operasi Windows XP, namun dengan perkembangan teknologi,  Microsoft Corporation kini banyak menghasilkan sistem operasi yang terkini seperti Windows Vista, 7 dan 8. Sudah semestinya anda nak upgrade kepada sistem operasi yang lebih terkini. Hal ini memerlukan untuk anda format laptop. Tapi pastikan laptop anda memenuhi spesifikasi sistem operasi yang baru bagi mengelakkan sebarang masalah selepas anda menformat.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang format laptop, computer format, laptop format, format komputer, cara nak format laptop, cara format laptop, how to format laptop, how to format a laptop, laptops, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments:

Post a Comment