Thursday, 7 January 2016

APPLE: Apakah itu "Other" di dalam OS X Mac anda & bagaimana hendak membersihkannya?



Ramai pengguna Mac memeriksa About This Mac Storage untuk mendapatkan gambaran keseluruhan penggunaan ruangan storan mereka, dan ramai yang akan melihat ruang yang agak besar  pada bahagian "Other" Storan. 
Jika ini bunyi biasa, ia mungkin kerana iOS sering mempunyai ruang simpanan yang lain yang agak besar, tetapi itu sebahagian besarnya di mana persamaan berakhir, dan dalam OS X ianya lebih mudah untuk mengesan apa itu "Other". 
Ini adalah disebabkan Mac mempunyai sistem pengguna yang boleh akses fail dan sistem direktori, di mana elemen-elemen sama pada iOS sebahagian besarnya disembunyikan daripada pengguna.
Mari kita ambil sedikit masa untuk menyemak ruang storan Mac kita, dan belajar mengenai ruangan "Other" di dalam OS X. Bagaimana kita boleh mengurangkan saiz ruangan "Other" ini, bila mana storan kita tidak mencukupi ruang.

Semak "Other" Storan dalam Mac OS X


Jika anda ingin melihat berapa banyak fail dan item yang diklasifikasikan oleh OS X  sebagai "Other" di storan anda, anda boeh semak melalui panel tetingkap About This Mac:

  1. Klik pada ikon menu Apple dan pilih "About This Mac"
  2. Klik pada tab "Storage" untuk melihat data "Other" pada Storan Mac
Graf yang berwarna biru menunjuk storan Other di dalam versi baru OS X.


Graf yang berwarna kuning menunjukkan storan Other pada OS X yang terdahulu.

Saiz "Other" selalunya agak besar dalam OS X dan ia berbeza dengan ketara seperti yang anda dapat lihat dalam gambar diatas, ini bukanlah sesuatu yang membimbangkan, tetapi ia agak bernilai bila storan yang kita miliki itu hampir penuh.


Apakah sebenarnya storan "Other" dalam OS X


Kadang kala storan "Other" ini mengambil hampir keseluruhan kapasiti hardisk anda. Hakikatnya, apa-apa sahaja fail atau data yang OS X tidak klasifikasikan kepada jenis storan yang spesifik seperti "Apps" , "Backup" , "Photos", "Movies", "Audio" dikira sebagai "Other". Termasuk juga perkara-perkara seperti berikut :

  • Document dan jenis fail seperti PDF, doc, JPA dan lain-lain.
  • Archives and disk images termasuk Zip, dmg, iso, dan lain-lain.
  • Pelbagai jenis data personal dan pengguna
  • Apa-apa sahaja dalam folder sistem OS X, yang terdiri daripada fail-fail sementara, swap, voices, dan lain-lain
  • User library items seperti Application Support, iCloud files, screen savers, dan lain-lain
  • Cache Pengguna dan cache sistem, termasuk perkara-perkara seperti cache pelayar dan mesej fail media yang disimpan setempat.
  • Font, aksesori aplikasi, plugin aplikasi dan sambungan aplikasi
  • Pelbagai fail dan fail jenis tidak dikenali oleh Spotlight, contohnya virtual machine hard drive, Windows Boot Camp partitions dan lain-lain.
Seperti yang anda lihat, ini bukanlah sampah atau fail yang tidak perlu, Secara asasnya, apa-apa jenis media storan yang tidak ditentukan oleh OS X adalah "Other".


Bagaimana untuk membersihkan storan "Other" ?


Secara umumnya, storan "Other" pada Mac bukanlah sesuatu yang terlalu bimbangkan, melainkan jika anda kekurangan ruangan storan hardisk. Jika anda ingin mencuba untuk membersihkan kapasiti storan "Other" di OS X, anda boleh melihat di lokasi berikut untuk data dan fail yang anda tidak perlu lagi.

  • User(s) Downloads folders at ~/Downloads
  • User Library caches ~/Library/Caches/
  • User Documents folders ~/Documents/
  • User Messages app attachments and media files
Untuk jangka masa yang panjang, format dan resinstall OS X adalah jalan yang terbaik, sebelum memadam sistem OS X, pastikan anda membuat backup Mac anda, boleh dilakukan melalui Time Machine ataupun backup secara manual.

Sila ambil perhatian :


Windows atau Linux Boot camp partition juga termasuk di dalam storan "Other".
Anda tidak dapat mengurangkan kapasiti hardisk yang digunakan tanpa membuang partition ini.

Testimoni
































No comments:

Post a Comment