Showing posts with label lembab. Show all posts
Showing posts with label lembab. Show all posts

Saturday, 7 February 2015

WHY ALWAYS ATTACK ME !!!

Tanda-Tanda Komputer Terkena Virus



Mungkin ramai golongan pengguna komputer masih kurang faham dengan masalah komputer terutama apabila ianya berkaitan dengan masalah virus.  Masalah ini sememangnya masalah yang berat tetapi di sebabkan sikap kita yang kurang mengambil tahu tentang ini menyebabkan masalah ini bertambah parah dan seterusnya tidak dapat di selesaikan dengan mudah malah terpaksa menformat komputer semula.

Dalam dunia tanpa sempadan ini apa sahaja boleh berlaku.  Kecanggihan teknologi juga boleh disalah guna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain.  Walaupun kita mempunyai perisian antivirus ianya belum tentu dapat menjamin 100% selamat.  Tahukah anda apakah tanda-tanda jika komputer kita terkena virus??




Antara tanda-tanda komputer kita terkena virus adalah seperti dibawah : 
  1. Komputer sering menjadi lambat dari biasa
  2. Menu run, search di sembunyikan oleh virus
  3. Folder asli pada komputer di sembunyikan dan digantikan dengan file virus
  4. Komputer yang digunakan sering terhenti atau tidak ada tindak balas
  5. Hard disk tidak boleh diakses atau berfungsi dengan baik
  6. Aplikasi komputer tidak berjalan dengan baik dan sering 'ERROR'
  7. Terdapat file dan ikon folder tetapi mempunyai file type.eye
  8. Sering terpapar menu atau dialog box yang rosak
  9. Program atau aplikasi yang sebelum ini digunakan crash secara tiba-tiba
  10. perisian antivirus hilang secara tiba-tiba
  11. Perisian antivirus tidak boleh di install 
  12. Saiz sesuatu fail berubah
  13. Fail yang di simpan hilang satu persatu
  14. Komputer akan menjadi hang selepas dibuka
Credit to tanda-tanda komputer terkena virus

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang virus komputer,  komputer virus,  komputer kena virus, komputer terkena virus,  computer virus,  virus,  ok computer solution taiping, ok computer solution, kedai komputer di taiping, kedai komputer taiping, repair laptop taiping, pickup and delivery service, pickup and delivery, delivery service

Saturday, 30 August 2014

Kerap Menunggu Lama Depan Laptop?

Kerap Menunggu Lama Depan Laptop?




Adakah laptop anda mengambil masa yang terlalu lama untuk keluarkan ikon pada desktop setiap kali anda menghidupkannya? Program dalam laptop anda juga kemungkinan berjalan seperti siput. Gejala-gejala lain adalah seperti memaparkan mesej ralat yang mungkin menunjukkan sistem dijangkiti virus. Sebagai contoh -
perkakasan seperti mesin pencetak dan peranti USB tidak berfungsi. Selain itu, terdapat beberapa fail yang tidak dapat diakses dalam laptop. Saiz fail anda berubah walaupun dapat mengaksesnya.


Terdapat banyak sebab mengapa laptop sentiasa buatkan anda seperti menunggu bas. Sesetengah daripadanya adalah seperti berikut -

Punca :

Ruangan Hard Disk Rendah

Ini adalah salah satu sebab yang paling biasa yang mungkin membuat sistem dalam laptop lebih perlahan daripada biasa. Kandungan fail digital seperti gambar atau video di dalam hard disk boleh membuatkan hard disk penuh dan perlahan. Semakin banyak anda menyimpan, semakin perlahan bacaan hard disk. 

Virus

Sistem laptop anda boleh diserang oleh virus jika anda tidak memasang apa-apa perlindungan (anti-virus). Malicious virus kadang-kadang boleh menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki pada sistem. Kebanyakannya (virus) direka untuk mencuri maklumat berharga seperti maklumat kad kredit. Malangnya virus juga mempunyai kecenderungan untuk perlahankan sistem anda. 

Spyware

Seperti virus, malicious spyware juga akan menyebabkan sistem anda perlahan. Perisian ini akan ter'install' sendiri dalam laptop dan membolehkan maklumat dihantar kepada sumber lain tanpa pengetahuan pengguna. Penggodam juga menggunakan spyware untuk mengakses maklumat peribadi seperti kata laluan dan 'internet history'.



Penyelesaian :

Mujurlah terdapat banyak perisian digital masa kini yang anda boleh gunakan untuk membebaskan hard disk laptop anda dari ruang tambahan serta menghapuskan malicious virus atau malware yang mungkin telah mengisi penuh ruang hard disk laptop.

'Install' Anti-Virus dan Perisian Anti-Malware 

Kebanyakan laptop biasanya dilengkapi dengan anti-virus dan anti-malware semasa awal pembelian laptop. Jika anda belum aktifkan anti-virus tersebut, dinasihatkan untuk anda berbuat demikian. Perisian anti-virus yang belum di'update', tidak akan dapat melindungi sistem laptop anda daripada ancaman.
Sentiasa periksa sama ada perlindungan antivirus anda berjalan secara teratur. Jika sistem anda dijangkiti ia mungkin juga telah dinyahaktifkan perlindungan antivirus tanpa kebenaran anda.


Optimumkan sistem laptop melalui RegCure Repair Tool 

Anda juga boleh 'download' RegCure Repair Tool untuk mengoptimumkan sistem laptop. Perisian ini dapat membersih, membetulkan serta membuatkan sistem laptop anda mampu berjalan pada prestasi maksima. Selain itu, ia juga mampu mengoptimumkan memori laptop anda, menghapuskan malware dan fail lapuk yang boleh menggangu perjalanan sistem anda.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang laptop slow, optimized pc, tips penjagaan laptop, why my laptop is slow, why my laptop so slow, laptop running slow, laptop startup slow, why laptop slow, my laptop is slow, why laptop so slow, why my laptop is so slow, laptop slow performance, why is my laptop so slow, why is my laptop slow, why my laptop slow, laptop performance slow, computer slow, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution, ok computer solution shah alam

Jika anda rasa artikel ini berguna, sila share dengan rakan-rakan ya