Wednesday, 27 November 2013

Asus a43 dan a43s review


Masalah dengan laptop Asus A43 , A43s








Asus memang dikenali sebagai sebuah laptop yang tahan kerana kualiti pembuatan yang terbaik. Asus telah meletakkan tanda aras yang tinggi dari segi reliability dan ketahanan dalam penggunaan laptop sehinggakan pembuat-pembuat laptop di sana meletakkan asus sebagai batu aras mereka

Namun, dalam banyak banyak hasil keluaran Asus, ada satu model yang paling bermasalah iaitu keluarga Asus A43 atau Asus A43s.

Masalah Laptop Asus A43 / A43s

Laptop ini adalah laptop keluaran Asus yang paling laris sejak 2 tahun dahulu kerana harganya yang agak kompetitif. Laptop ini juga adalah laptop yang paling kerap masuk dalam kedai komputer kami sejak bermula tahun 2012 ini.

Masalah yang selalu dihadapi pengguna dengan laptop ini adalah:

-Tak boleh ON
-Bila ON takda gambar (no display)


Punca Masalah

 Masalah ini berpunca dari kipas Asus A43 / A43s yang sangat mudah memerangkap habuk. Apabila habuk semakin tebal , maka sistem penyejukan menjadi tidak efisien lalu memusnahkan chipset penting pada motherboard. Bila ini terjadi, chipset yang rentung atau terbakar tidak lagi berfungsi lalu menyebabkan laptop rosak




Cara penyelesaian

Cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan tukar motherboard. Kita sedia maklum, kos menukar motherboard Asus sangat mahal sehingga mencecah RM800 sekeping!



Kami menyediakan penyelesaian yang mudah dan simple dan berpatutan iaitu dengan menukar chipset yang rosak. Kipas juga pasti akan kami servis dan thermal paste baru juga akan diletakkan. Kami tawarkan khidmat kami dengan jaminan wang kembali

Kami mempunyai proven track record dalam menyelesaikan masalah Asus A43 atau Asus A43s ini.

Bagaimana mengelakkannya?

Mudah sahaja! bila anda merasakan laptop anda hangat hangat panas di sebelah tangan kiri apabila menggunakannya, hantarlah kepada pakar untuk mencucinya!
Anda juga boleh mencuci sendiri! tetapi perlulah berhati hati!

Testimoni

 Di sini kami hidangkan beberapa laptop Asus A43 Asus A43s yang berjaya kami baiki untuk tatapan anda!







Artikel ini adalah untuk mereka yang ingin mencari asus computers, asus, asus support, asus a43, asus a43s, asus laptops, asus tablet, no display, tak boleh on.








Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.