Wednesday, 27 November 2013

Repair Laptop Screen Dell Studio 1435


Salam sejahtera kepada semua dan pada hari ini 29hb 8 2012 kami membuat sedikit info mengenai laptop dell studio 1435 dengan masalah common bagi laptop ini. Kami juga menyediakan solution yang terbaik bagi menangani masalah tersebut. 

Masalah Laptop Dell Studio 1435

Apa yang selalu terjadi kepada laptop dell ini?
Ada bayang bayang hitam memanjang

Garis garis kecil yang menyakitkan penglihatan

Anda boleh melihat garis garisan yang sepatutnya tidak patut wujud dalam display skrin itu kan. Keadaan ini amatlah tidak menyenangkan mata untuk membuat mahupun bermain game yang paling penting. Seolah olah ada bayangan ketika kita mengerak gerakan curser dan juga icon keluar dalam display. 

Punca Masalah

Kami mengenal pasti bahawa model ini dan adik beradiknya memang mempunyai masalah seperti ini. Kami lihat dan kaji skrin original dell yang dipakai pengguna laptop ini memang kami berani berkata bahawa mereka menggunakan skrin yang tidak berkualiti atau "cap ayam". Kami sangat yakin apa yang kami kata itu betul kerana kami menggunakan alat untuk testing skrin dan mendapati skrin tersebut tidak boleh bertahan lama mengikut jangka hayat skrin yang berkualiti adalah 3000 hingga 4000 jam. Memang malang jika mereka di luar sana telah membeli laptop dell terutama model ini. Bukan semuanya yang dapat masalah sebegini tapi kebanyakkan memang akan terjadi. Sebelum terjadi baik kita mengambil langkah awal untuk mengelakan membeli laptop model ini. 

Keadaan skrin yang telah di operate untuk mengenal pasti masalah.

Model Studio 1435 menggunakan 14.1 led yang mana rare dan susah untuk jumpa market.

Cara Penyelesaian 

Tiada cara penyelesaian lain selain menggantikan skrin yang baru iaitu menggunakan skrin yang original dan yang penting sekali adalah yang berkualiti tinggi. Pernah ada pelanggan kami sudah menukar skrin itu di tempat lain 3 4 kali sebelum datang ke kedai kami. Mungkin model ini amat sensitif jika skrin yang tidak berkuali di pasang kepadanya. Alhamdulillah setakat ini belum ada datang semula ke kedai untuk menukar skrin claim warranty skrin rosak. Sebelum kami menggantikan skrin kami terlebih dahulu test skrin tersebut untuk memastikan yang original dan berkualiti sahaja kami gunakan untuk pelanggan kami.

Keadaan seperti sediakala setelah ditukarkan skrin yang baharu. Tenang mata melihatnya

artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair dell studio 1435, dell, dell laptop, laptop screen problem, scren problem, display problem, led screen, led display

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.