Thursday 14 November 2013

Repair Laptop Screen Hp G42


Repair Laptop Screen Hp G42

Hari ini kami ingin berkongsi skil skil yang kami gunakan untuk menukar skrin Hp G42. Bagi yang ingin mencuba silakan dan bagi yang rasa tak ada konfident tu jangan la cuba cuba, nanti rosak pula screen free free.
Gambar ini menunjukanan screen yang telah rosak disebabkan telah habis jangka hayat atau lebih kasarnya dah sampai masa untuk ditukar. Buatlah macam mana pun display tidak akan lagi keluar daripada screen itu kecuali ditukar kepada screen yang baru.
Langkah pertama dengan berhati hati dan dengan tenang cabutkan frame yang menutup keseluruhan skrin. Sebelum itu pastikan anda telah membuka skru yang terdapat di bawah frame berkenaan.
Buka skru yang mengikat pemegang skrin dengan frame belakang skrin. Pastikan semasa anda memisahkan frame dengan pemegang skrin tiada lagi skru yang terikat supaya tiada port skru yang akan rosak.
Seterusnya condongkan skrin yang masih terikat dengan pemegangnya dan buka skru yang mengikat skrin dengan pemegang. Pastikan anda mencondongkannya supaya proses membuka skru akan lebih cepat.
Ini adalah connector yang menyambungkan led dengan motherboard. Pastikan anda cabut dan pasang dengan berhati hati untuk mengelakan connecter tersebut rosak. Dan pastikan juga tiada power yang bersambung tak kira lah adapter mahupun bateri.
Setelah selesai memasang connector pastikan anda test dulu skrin yang dipasang. Pastikan yang led tersebut benar benar elok untuk digunakan selepas ini.
Setelah skrin yang dipasang ok dan tiada apa masalah, kita teruskan dengan pasang skru kepada pemegang dan ikatkan pemegang pada frame belakang skrin.
Dan step last adalah pasang kembali frame hadapan skrin. Pastikan skru yang mengikat frame dipasang untuk mengelakan frame tercabut.
Tadaa dah siap pun cara memasang skrin laptop ni. Senang je, xbanyak skru yang perlu dibuka dan dipasang. Laptop ni adalah yang tersenang untuk ditukarkan skrinya. Next time kami akan berkongsi cerita dengan laptop yang paling susah untuk dibuka.
artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair laptop hp g42, hp notebook, compaq, hp pavilion g42,  hp g42 led, hp g42 led replacement, hp g42 led problem, hp g42 display problem

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments:

Post a Comment