Wednesday 27 November 2013

Repair Laptop Sony VAIO VPCX125LG


Sony VAIO VPCX125LG

Sony VAIO ini mempunyai rekabentuk yang mengagumkan. Dengan rekabentuknya yang kecil molek serta kenipisan yang amat nipis membuatkan laptop ini teramat ringan. Laptop ini diketogorikan sebagai laptop MINI ataupun NETBOOK. Screen sebesar 11.1" LED super slim HD, Processor Intel Atom Processor Z540 (1.8GHz, 512kb L2, FSB 533 MHz), RAM 2GB DDR2. 

Oleh kerana ringanya laptop ini dengan keberatan seberat 1.63 pounds atau 0.74 Kg, segala isi di dalamnya amat rapuh dan sentiasa perlu berhati-hati untuk menggunakannya. Jika dilihat dari dalam, kesemua ruang digunakan dengan padat. Kesemuanya kecil termasuklah motherboard, hard disk dan yang lain lagi. Apa yang istimewanya laptop ini berbanding dengan laptop mini yang lain, laptop ini menggunkan Solid State Drive (SSD) yang menggantikan Hard Disk Drive (HDD) bagi menyimpan storan data. Ianya membuatkan laptop ini proses data lebih laju berbanding laptop mini yang lain.

vaio


Laptop ini sampai ke tangan kami di dalam keadaan yang nampak baik, tetapi tapak skru pengikat body laptop ini telah patah akibat terjatuh. Yang ajaibnya screen masih boleh digunakan tanpa ada masalah. Jika di fikirkan kembali insiden jatuh sampai tapak skru terpatah ini lojiknya ianya jatuh agak tinggi dan kuat. Syukur hanya tapak skru sahaja yang patah. Jadi tuan laptop ini fikir tidak perlu mengeluarkan modal yang besar.

Alangkah terkejutnya tuan laptop ini apabila beliau menanyakan pada pihak Sony, harga kos bagi membaikpulih laptopnya tidak terjangkau oleh beliau. Kerana beliau terpaksa membeli satu set casing untuk laptop ini. 

Tuan laptop ini amat memerlukan laptop ini kerana urusan kerja. Jadi kami tidak sempat untuk mendapatkan barangan yang baru. Kerana ianya memakan masa dalam seminggu untuk proses penghantaran. Jadi kami terpaksa menjadi kretif dengan menampalnya menggunakan gam yang lebih kuat dari gam gajah. Gam ini apabila sudah kering ianya akan menjadi seperti batu. Kami lakukanya dengan berhati-hati dan teliti supaya tidak melibatkan yang lakin dan comot. Hasilnya amat mengagumkan. 


Walaupun menggunakan gam, ianya tetap kukuh seperti biasa. Dan kami sempat berpesan kepada tuan laptop ini agar lebih berhati-hati selepas ini. Kami khuatir dengan kerapuhan laptop ini dan buat masa sekarang ini harga barangan untuk laptop Sony agak mahal dan sukar untuk dapatkan. Kami OK Computer Solution amat perihatin tentang pelanggan kami..
Sony VAIO

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang Sony VAIO VPCX125LG, Sony VAIO mini, sony vaio notebook, sony vaio netbook



Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments:

Post a Comment