Thursday, 2 November 2017

LAPTOP PALING TERBAIK 2017 / BEST LAPTOP 2017



DELL XPS 13 : LAPTOP TERBAIK 2017

Spesifikasi Ringkas Dell XPS 13

CPU: 2.7GHz Intel Core i7-7500U (dual-core, 4MB cache, up to 3.5GHz)
Graphics: Intel HD Graphics 620
RAM: 8GB LPDDR3 (1,866MHz)
Screen: 13.3-inch QHD+ (3,200 x 1,800) InfinityEdge touch display
Storage: 256GB PCIe SSD
Ports: 1 x USB 3.0, 1 x USB 3.0 w/PowerShare, 1 x USB-C (Thunderbolt 3), SD card reader, headset jack
Connectivity: Killer 1535 802.11ac (2.4 & 5GHz); Bluetooth 4.1
Camera: 720p widescreen HD webcam with dual array digital microphones
Weight: 2.9 pounds (1.29kg)
Size: 11.98 x 7.88 x 0.33 – 0.6 inches (W x D x H) (304 x 200 x 9 – 15mm)

Pros :

  1. Tempoh penggunaan kuasa bateri yang agak lama
  2. Jarak Wi-Fi yang jauh 
  3. Banyak port yang disediakan berbanding laptop-laptop saingannya
  4. Selesa digunakan
  5. Pilihan warna rose-gold yang menarik
  6. Menggunakan carbon-fiber pada dek

Cons :

  1. Kedudukan webcam yang pelik
  2. Tidak nipis dan ringan berbanding sesetengah saingannya.

Pendapat ramai menyatakan Dell XPS 13 mempunyai jangka hayat bateri yang panjang, prestasinya yang laju dan liputan Wi-Fi yang kuat.


Port:

  • Menyediakan semua port yang diperlukan
  • 2 port USB3.0
  • SD Card Reader
  • Headphone Jack
  • USB Type-C (Thunderbolt 3 support)
  • XPS 13 juga boleh dicas melalui USB Type-C


Untuk perbandingan, HP Spectre mempunyai 3 port USB Type-C dan Macbook 12 inci hanya mempunyai satu port USB Type-C ( tak boleh support Thunderbolt 3).

Paparan:

Anda ada dua pilihan jika menggunakan Dell XPS 13, dan kedua-duanya sangat mengagumkan. Pilihan pertama, Full HD, model bukan touch screen dengan resolution 1920 x 1080. Pilihan kedua, model Quad-HD touchscreen dengan resolution yang tinggi iaitu 3200 x 1800 pixel.

Bunyi

Speaker stereo pada XPS 13 sangat kuat, tapi bunyinya agak kasar sedikit jika audio dimainkan pada volume yang maksimum.  

Keyboard dan Touchpad

Menaip menggunakan XPS 13 memang sangat selesa. Ketinggian setiap kekunci hanya 1.2 mm. Ianya lebih rendah dari HP Spectre yang mana ketinggiannya ialah 1.3mm.
Touchpad-nya pula sangat lah lancar dan tepat.

Prestasi 

     

Dell XPS 13 7th Generation i5-7200U

Dell XPS 13i7-7200U (Kaby Lake)


RAM

8GB

8GB

Kapasiti Storage

256GB

256GB

Paparan

1080p

3200 x 1800 (touchscreen)

Jenis storage

Hard Disk Drive (HDD)

Solid State Drive (SSD)


Bacaan Benchmark Multithreading Dell XPS 13 (Spek berbeza)

Prestasi Grafik

Dell XPS 13 dengan menggunakan kad Intel HD Graphic 620, dengan selamba sahaja telah dicuba memainkan permainan video Dirt 3. Dengan Xbox controller yang digunakan, memang syok habis.

WiFi

Untuk pengujian dilakukan, XPS 13 dan MacBook diletakkan atas meja yang sama. Kemudian, kedua-dua diuji menggunakan perisian NetSpot (perisian yang menyelidik rangkaian tanpa wayar dan mengukur kekuatan signal). Hasilnya, XPS 13 memperolehi markah sebanyak 42% pada band 2.5 GHz dan 23% pada band 5 GHz. Manakala, MacBook memperolehi 37% pada band 2.5 GHz, 20% pada band 5 GHz.

Webcam/Kamera Web

Kelemahan terbesar pada XPS 13 ialah webcam. Ianya bukan kerana kualiti gambarnya. Tetapi kedudukan kameranya yang terletak dibahagian bawah skrin (sebelah kiri), aneh bukan? Oleh kerana tiada ruang diatas skrin, pihak Dell terpaksa menempatkan kameranya disitu. Kalau nak ambil gambar tu, kena la adjust position anda bagi nampak elok sikit gambar tu.


Hayat Bateri

Setelah diuji, versi non touchscreen boleh bertahan sehingga 13 jam 49 minit melayari laman web dengan screen brightness ditetapkan kepada 100%.

Jika anda seorang yang sangat mementingkan jangka hayat bateri, kami rasa anda perlu berfikir 2,3 kali untuk membeli XPS 13 versi touchscreen kerana ianya hanya mampu bertahan selama 9 jam 11 minit sahaja. Kurang 4 jam 30 minit berbanding versi non touchscreen.

Pros :

  1. Tempoh penggunaan kuasa bateri yang agak lama
  2. Jarak Wi-Fi yang jauh 
  3. Banyak port yang disediakan berbanding laptop-laptop saingannya
  4. Selesa digunakan
  5. Pilihan warna rose-gold yang menarik
  6. Menggunakan carbon-fiber pada dek

Cons :

  1. Kedudukan webcam yang pelik
  2. Tidak nipis dan ringan berbanding sesetengah saingannya.




Penulis,
Zaim Halib

FUNGSI BARU iOS 11 | OKCS


IOS 11 dengan rasminya telah dilancarkan pada 19 September 2017. Sedar tak sedar dah setahun iOS 10 dilancarkan di WWDC 2016. Di WWDC 2017 pula dah muncul generasi seterusnya iaitu iOS 11. Ada beberapa feature baru ditambah untuk memenuhi kehendak pengguna. Apakah feature yang menjadi kelebihan bagi iOS 11? Dibawah ada sedikit ulasan mengenai iOS 11 dari pelbagai sumber yang kami perolehi.

1. User Interface (UI) Baru

Perubahan paling ketara bagi iOS ini ialah pada control center. Anda boleh customize mengikut selera anda. Terdapat perubahan minor pada lockscreen. Jika diperhatikan, font pada lockscreen kini lebih tebal serta lingkarannya yang nipis.


2. Susun Fail Dengan Lebih Mudah

Dengan adanya file manager, ianya dapat memudahkan pengguna untuk memindahkan fail-fail kemana sahaja hanya dengan drag dan drop di split screen. Kesimpulannya, pengurusan data lebih baik pada iOS 11 berbanding iOS 10.

3. One hand keyboard

Feature ini dapat memudahkan anda menaip dengan menggunakan satu tangan sahaja. Tapi ingat, jangan menaip masa memandu ya kawan-kawan.

4. Password Autofill

Kemudahan ini dapat memudahkan anda mengisi password akaun apa-apa sahaja.

5. Screen recording

Jika anda ingin merakam semua aktiviti yang anda lakukan contohnya live di facebook, gelagat penta kills dalam permainan video mobile legends dan lain-lain. Feature ini boleh diaktifkan di control centre.

6. Perubahan Aplikasi Kamera

- Video tidak menggunakan ruang storage yang banyak, terima kasih kepada teknologi compression yang baru ini.

- Live photo boleh di-edit dan di-trim.

7. Night Mode

- Jika anda jenis yang berjaga malam, dan merasakan gadget anda sangat cerah, cuba feature ini.



8. Kongsi Password Wi-fi

Menggunakan feature ini, anda boleh berkongsikan password wifi anda dengan lebih mudah. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang selalu terlupa apa password wifi rumah anda. 

9. Imbas (Scan) Dokumen

Kini anda boleh imbas dokumen, resit dan lain-lain kemudian dihantar terus ke Note.

10. Do Not Disturb lebih pintar

Pemanduan kini lebih selamat. Jika anda jenis yang mudah terganggu dengan bunyi gajet anda sendiri ketika memandu, feature "do not disturb" ini sangat sesuai untuk anda. Do not disturb akan diaktifkan jika ia mendapati anda sedang memandu. Semua notification akan disekat dalam mod Do Not Disturb ini.



11. Double Tap pada Airpod

Feature ini membolehkan anda main atau berhentikan lagu dengan hanya sentuh dua kali pada airpod kiri. Manakala jika sentuh dua kali pada airpod kanan, lagu akan ditukar kepada lagu yang seterusnya.


Perkara yang paling penting, sebagai iOS baru, sudah tentu ianya tidak compatible dengan semua device Apple. iOS 11 hanya boleh dijalankan oleh device generasi baru yang menggunakan processor A7. Berikut adalah device yang boleh install iOS 11 antaranya iPad Air, iPad Air 2, iPad Pro. Manakala iPhone pula hanya iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6s Plus, iPhone 6s, iPhone 7 dan 7 Plus.



Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING


Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 

Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.


1 minit dari KFC Kamunting 

3 minit dari Masjid Kamunting 

5 minit dari Aeon Taiping 

10 minit dari Exit Tol Taiping Utara


HOTLINE 

0125445431


WHATSAPP: 

https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping


waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg


REPAIR APPLE IMAC : IMAC SLOW SEBAB MASIH MENGGUNAKAN HDD



OK Computer Solution Petaling Jaya menerima aduan dari pelanggan bahawa iMac miliknya sangat perlahan ketika digunakan. Masalah ini membuatkan pelanggan kami berasa sangat murung kerana banyal perkara perlu dilakukan dengan iMac tersebut. Dengan prestasi yang sangat perlahan ditampilkan oleh iMac tersebut, sudah tentu ianya membazirkan masa beliau. Bayangkan, nak hidupkan iMac tersebut mengambil masa berminit. Perlahan bukan?

iMac dibuka supaya hard disk dapat dikeluarkan.
Pakar iMac kami menguji iMac tersebut terlebih dahulu bertujuan untuk mengenalpasti (identify) serta diagnose punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Setelah diuji, pakar kami menyimpulkan bahawa iMac tersebut perlahan kerana masih menggunakan HDD. Masih ramai diluar sana yang masih menggunakan HDD bukan? Jika anda masih menggunakan HDD, ketahuilah bahawa HDD banyak membazirkan masa anda.

Hard Disk yang telah dikeluarkan dari iMac.
Sebagai penyelesaian, iMac tersebut dinaiktaraf dari menggunakan HDD ke SSD. Dengan SSD, percayalah bahawa semua pengguna SSD sangat kagum dengan prestasi yang ditonjolkan. Tahukah anda, berbanding HDD, SSD mempunyai banyak kelebihan yang menakjubkan. Antaranya, pemindahan data yang lebih cepat, penggunaan kuasa yang lebih efisien (jimat), tiada bunyi dihasilkan, tiada getaran, haba yang dikeluarkan sangat rendah, 30% lebih pantas semasa anda membuka dokumen/fail/folder dan yang penting sekali anda tidak perlu risau dengan kehilangan data yang diakibatkan oleh magnetik. Tempoh naiktaraf ke SSD bergantung kepada stok. Jika ready stock, kami boleh siapkan 1-3 hari mengikut queue. Manakala kosnya boleh dirujuk dimana-mana cawangan OK Computer Solution.
SDD baru.
SSD telah dimasukkan ke dalam iMac.
iMac beliau kini sudah berjaya dinaiktaraf. Beliau sangat gembira setelah mengetahui iMac miliknya kini seperti baru dibeli dan sangatlah laju dari segi prestasinya. Kami juga turut mengingati beliau supaya servis iMac tersebut sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bagi memastikan haba didalam iMac terkawal.

iMac bersiap sedia untuk pemasangan OSX.



Penulis,

GARISAN PADA SKRIN IMAC | OKCS

PUNCA & PENYELESAIAN GARISAN PADA SKRIN IMAC


Seorang pelanggan datang ke OK Computer Solution Petaling Jaya kerana iMac miliknya terdapat garisan pada skrin. Masalah itu sangat mengganggu beliau ketika melakukan kerja editing. Kerja graphic tersebut memerlukan ketepatan. Beliau rasa sangat terganggu dengan masalah yang dihadapi.

Terdapat garisan pada skrin iMac.
Setelah garisan pada skrin diperiksa oleh technician kami, technician kami mendapati skrin iMac tersebut bermasalah. Ianya mungkin kerana ada hentakan, tertindih dengan benda berat atau elektromagnet. Kebanyakan masalah garisan pada skrin terjadi disebabkan hentakan. Jika dibiarkan, skrin terus terpadam pada masa akan datang. 

Skrin lama akan dicabut.
Skrin tersebut perlu ditukar kepada yang baru supaya masalah garisan pada skrin dapat diselesaikan. Kos tukar skrin bagi iMac boleh dirujuk dimana-mana cawangan OK Computer Solution. Tempoh untuk tukar skrin hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Namun begitu, jika tiada stok, kami perlu order skrin itu dahulu.

Pemasangan skrin baru.
Akhirnya, pelanggan tersebut sangat berpuas hati dengan servis kami. Dia juga sangat lega kerana selepas ini beliau tidak terganggu dengan garisan itu lagi. iMac miliknya kini sudah berjaya dibaiki dan mempunyai paparan yang lebih jelas.

Paparan skrin iMac kembali seperti biasa.


Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING


Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 

Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.


1 minit dari KFC Kamunting 

3 minit dari Masjid Kamunting 

5 minit dari Aeon Taiping 

10 minit dari Exit Tol Taiping Utara


HOTLINE 

0125445431


WHATSAPP: 

https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping


waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg

Penulis,
Zaim Halib

REPAIR APPLE MACBOOK : MACBOOK SLOW KERANA KAPASITI RAM MACBOOK ANDA RENDAH



OK Computer Solution Petaling Jaya dikunjungi oleh seorang pelanggan. Pelanggan tersebut menghadapi masalah pada MacBook miliknya. Macbook beliau sangatlah perlahan ketika beliau melakukan kerja rekaan 3D walaupun beliau sudah menggunakan Masalah ini membuatkan beliau berasa sangat kecewa kerana kerjanya tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. 

Casing dibuka bagi melakukan checking terlebih dahulu.
Setelah pakar MacBook kami melakukan diagnosis pada MacBook miliknya, pakar Macbook kami mendapati MacBook pelanggan tersebut sangat perlahan kerana kapasiti Random Access Memory (RAM) pada MacBook tersebut tidak mencukupi bagi kerja-kerja rekaan 3D dilakukan. MacBook itu juga perlu diservis bagi memastikan haba dalam MacBook itu stabil semasa digunakan nanti. Ingat, servis perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Jika tidak diservis, nasib anda akan sama seperti pelanggan kami yang lain dimana MacBook mereka mengalami kerosakan pada motherboard, processor dan lain-lain komponen berpunca dari overheat. Jika kerosakan seperti itu berlaku, kos baikpulih bagi kerosakan besar tersebut adalah sangat tinggi. Sanggupkah anda keluarkan belanja yang banyak? Sedangkan anda boleh berjimat dengan melakukan penyelenggaran pencegahan (preventive maintenance) / servis yang juga terdapat dalam perkhidmatan kami.

RAM lama dari kedua-dua slot dikeluarkan dari motherboard.
Pelanggan tersebut mengambil keputusan untuk proceed naiktaraf RAM MacBook miliknya serta servis yang disediakan oleh kami. Kos untuk naiktaraf RAM boleh dirujuk dimana-mana cawangan OK Computer Solution. Ianya dapat disiapkan dalam tempoh 2-3 hari bergantung kepada stok.

Pemasangan RAM baru slot 1.
Pemasangan RAM baru slot 2.
Akhirnya, pelanggan kami sangat gembira kerana selepas ini beliau boleh melakukan kerja rekaan 3D tanpa masalah slow lagi. Kini, prestasi MacBook miliknya sangatlah pantas berbanding sebelum ini. Tiada lagi masalah ketika melakukan kerja rekaan 3D tersebut.



BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING

Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 
Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.

1 minit dari KFC Kamunting 
3 minit dari Masjid Kamunting 
5 minit dari Aeon Taiping 
10 minit dari Exit Tol Taiping Utara

HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP: 
https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping

waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg
Penulis,

REPAIR APPLE IMAC : IMAC TIDAK BOLEH DISAMBUNGKAN KE INTERNET MELALUI WIFI


Pelanggan kami datang ke OK Computer Solution  kerana iMac beliau tidak boleh disambungkan ke rangkaian melalui wifi. Beliau sangat kecewa kerana internet adalah penting bagi dirinya. Kenapa iMac tak dapat sambung ke rangkaian melalui wifi?

Pakar iMac kami sedang membuka screw iMac tersebut.
Setelah diagnosis dilakukan oleh technician kami, didapati iMac tersebut mengalami kerosakan pada wifi card. Apa itu wifi card? Apa fungsi wifi card?  Pentingkah wifi card ni? Wifi card adalah antaramuka bagi menghubungkan motherboard dengan rangkaian menggunakan teknologi tanpa wayar. Kalau iMac tiada wifi card atau rosak, iMac tidak dapat dihubungkan kemana-mana access point. Jika dibiarkan wifi card yang rosak tersebut didalam iMac, ianya turut memberi kesan kepada komponen - komponen lain seperti motherboard dan sebagainya.

Wifi Card yang lama dan rosak. Sampai berkarat dah tu.
Wifi card tersebut perlu diganti baru supaya masalah beliau dapat diselesaikan. Tempoh penukaran mengambil masa 2-5 hari bergantung kepada stok yang ada. Kos pula perlu dirujuk dimana-mana 9 cawangan OK Computer Solution. 

Wifi Card baru yang akan dipasang pada iMac tersebut.
Pelanggan kami sangatlah gembira kerana kini beliau dapat menggunakan internet semula. Wifi pada iMac beliau dah boleh digunakan selepas diganti baru. Beliau juga sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.

iMac berjaya disambungkan ke Wifi semasa pengujian dibuat.



BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING

Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 
Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.

1 minit dari KFC Kamunting 
3 minit dari Masjid Kamunting 
5 minit dari Aeon Taiping 
10 minit dari Exit Tol Taiping Utara

HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP: 
https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping

waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg
Penulis,