Tuesday, 31 December 2013

Antara kerosakan adapter

Antara kerosakan adapter

YA masih ramai diantara kita masih mengambil mudah akan masalah kerosakkan adapter. Mungkin barangkali harga Adapter begitu murah bagi mereka.
Ayuh saya terangkan bagaimana kita ingin mengetahui antara jenis-jenis kerosakkan adapter yang mana kita harus ambil SERIUS kerana boleh mengakibatkan
mimpi ngeri yang berpanjangan, kemurungan , tidur tidak lena dan mandi x basah

-apabila cursor mouse menjadi tidak menentu
-apabila laptop shutdown bila adapter panas
-adapter panas terlampau
-mengeluarkan bunyi seperti percikkan api
-bau hangit seperti terbakar
-apabila icon charging tidak menentu
-wayar adapter kembung
-lapisan getah wayar sudah terkoyak







Akibat guna adapter yg rosak dan tidak sesuai

Akibat guna  adapter yg rosak dan tidak sesuai

Kurangnya Kepekaan pengguna terhadap kerosakkan adapter dan ketidaksuaian adapater boleh memberikan impak kerosakkan yg sangat teruk kepada laptop mereka
.Tetapi sejak dua menjak kebelakangan ini kebanykkan pengguna lebih suka memilih untuk menggunakan adapter universal atau All-In-One


tahukah Anda akan akibatnya menggunakankan adapter yang sudah rosak atau tidak sesuai boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti berikut:-


-LCD/LED screen akan mudah rosak


-Hard Disk Driver (HDD) lagging atau tersekat-sekat


-Chipset mudah rosak

-Motherboard mudah terbakar



-Ram tidak boleh berfungsi dengan sempurna


-Bateri akan mudah rosak





Universal adapter vs Original/Replacement adapter

Universal adapter merupakan adapter yang boleh dilaras mengikut kadar voltan dan arus elektrik yang anda mahukan. Ia juga mempunyai connecter yang pemboleh ubah mengikut laptop anda. Namun ianya agak kurang selamat digunakan kerana, apabila sudah lama digunakan, pelaras voltan itu akan menjadi rosak dan boleh memberi efek kepada laptop anda.

Tidak seperti Original/Replacement adapter, kadar voltan dan arus elektrik-nya sudah ditetapkan dan tidak boleh di ubah. Ia lagi selamat untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang.


Universal adapter


Replacement adapter

Dari sini pentingnya bagi anda untuk memiliki power adapter yang betul-betul bersesuaian dengan laptop anda. Elakkan dari mengguna Universal power adapter. Kerana voltan yang disalurkan tidak menentu. Gunakan power adapter yang khusus bagi laptop anda, agar laptop anda mendapat punca kuasa yang sesuai dengannya.

Anda pengguna harus menjadi bijak untuk mendapatkan power adapter yang terbaik bagi laptop anda. Jangan kerana salah memilih adapter untuk laptop anda, anda terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki laptop anda yang rosak akibat dari kesilapan yang kecil. Kami OK Computer Solution perihatin tentang laptop anda.







Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

ADAPTER ROSAK punca masalah motherboard terbakar

ADAPTER ROSAK punca masalah motherboard terbakar

Ramai pernguna laptop tidak tahu antara penyebab laptop mereka terbakar salah satunya disebabkan oleh ADAPTER . YA BETUL disebabkan ADAPTER, tapi sebab ADAPER yang ROSAK..



Mana tidaknya, aliran elektrik yg tidak normal dan berlaku spark pada adapter seperti adpter yang digigit haiwan perosak dan juga pemilihan adapter yang tidak khusus untuk jenis laptop anda

Setiap laptop mempunyai kadar voltan atau aliran arus elektrik yang sesuai baginya. Tidak semua laptop mempunyai kadar voltan atau aliran elektrik yang sama. Bagi laptop yang kecil, kadar voltan dan arus elektriknya lebih kecil daripada yang besar. Maksudnya di sini semakin besar sesebuah laptop itu, makin besarlah kapasiti voltage yang di perlukan.

Perkara ini disebabkan setiap kompenen yang berada didalam sebuah laptop itu mempunyai kadar voltan yang telah di khususkan. Jika ianya disalurkan dengan voltan dan arus elektrik yang lebih, ia akan rosak. Jika kurang disalurkan voltan dan arus elektrik, ia tidak akan berfungsi.


sekali gus boleh menyebakkan kerosakkan yang serius pada laptop anda seperti motherboard atau chipset terbakar serta kompenen-kompenen lain





Jadi elakkan daripada adapter anda terdedah kepada haiwan perosak untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini terjadi

Punca-punca kerosakan adapter

Punca-punca kerosakan adapter

Tengah guna laptop tiba.. power xder.. !!!.. apa ciitaaa

Kami tahu ramai diantara pengguna-pengguna laptop di luar tidak tahu punca-punca kerosakkan adapter sekali gus tidak sedar perbuatan yang mereka buat boleh merosakkan adapter mereka
Contohnya :-

-menggunakan adapter secara lansung terlalu lama


-meletakkan adapter di atas permukaan yang menyerap haba semasa menggunakan adapter


-menyimpan adapter dengan cara yang salah. boleh lihat disini


-menggunakan extension plug yang tidak berkualiti dan tidak sesuai


-cara mengguna kan adapter yang salah pada extension


-cara menggunakan adapter yang salah. elakkan wayar adapter berlipat-lipat


-aliran elektrik rumah/premis yang tidak normal.


-digigit haiwan perosak



Oleh itu anda sangat dinasihatkan untuk menjaga adapter anda dengan cara yang betul bagi mengelakkan kebocoran wang yang berlebihan samada untuk menukar adapter baru mahupun
untuk membaiki laptop yang terbakar disebabkan oleh kerosakkan adapter

Karenah Adapter Laptop bila bermasalah

Karenah Adapter Laptop bila bermasalah

Adapter Laptop ibarat nyawa kepada laptop. tanpa adapter laptop tidak mampu bernafas dengan sendiri Tetapi Selama kita guna adapter laptop kita. Kadang-kadang kita sering mengalami masalah seperti

- adapter panas..
- screen berkelip2
- icon charging berubah2
- mouse cursor error/ jadi giler la org kata
- nak buat rating x lepas.
- laptop akan terpadam bila adapter panas.
- mengeluarkan punyi seperti percikan api di dalam adapter

tahukah anda itu kemungkinan adalah petanda kerosakan pada adapter anda. saya percaya ramai yang mengalamai masalah ini tetapi tidak tahu apa yang patut dibuat.
Perkara pertama yang anda patut buat ialah anda beli adapter charger yg baru kalu memang betul charger anda rosak. Ini kerana adapter charger yang rosak boleh mengakibatkan
pelbagai masalah laptop datang kepada anda seperti laptop terbakar, Screen laptop rosak, bateri laptop rosak dan lain-lain yang mana menelan belanja yang mahal.

Jadi kepada mereka yang pernah mengalami masalah-masalah tersebut berhati-hati dalam mengenadalikan laptop anda. Jangan biarkan hidup anda diselubungi penyesalan




Panduan membeli Power Adapter/ Charger Laptop

Panduan membeli Power Adapter/ Charger Laptop


Mahu membeli power adapter baru? Samada anda hendak mencari pengganti adapter anda yang rosak? atau saja nak buat spare sahaja, atau saja nak beli lebih untuk letak kat rumah atau ofis, Artikel ini akan membantu anda dalam membuat keputusan

1. Cari "tip" yang betul - Setiap laptop mempunyai sambungan tersendiri. Anda perlu mencari tip yang padan dengan laptop anda. Benda ni senang je nak tau. Selalunya, satu adapter mempunyai 2 hujung,satu plug yang sambung kat dinding tu, satu lagi yang disambung ke lubang power di laptop. Benda inilah yang dipanggil TIP. Laptop anda tidak boleh digunakan kalau menggunakan TIP yang salah. Anda cuma boleh guna tip yang bebetul ngam sahaja
AMARAN! jangan paksa tip ni masuk lubang! nanti patah power jack kat laptop tu.


2. Cari "output voltage" yang betul. Setiap laptop mempunyai nilai output yang berlainan. Anda mesti menggunakan output voltage yang betul! Jika tidak, laptop anda boleh rosak kerana terlebih kuasa atau laptop anda tak boleh on kerana tak cukup power. Anda boleh cari output Voltage ini samada di belakang laptop anda atau pada charger adapter yang sedia ada.
Contoh putput voltage yang biasa ialah 3.42A, 4.74A, 3.5A dan  lain lain lagi.


atau




3. Cari input voltage yang betul. Biasanya di Malaysia, input voltage yang digunakan adalah 220-240V. kalau di Jepun 110V. Biasanya ini tidak menjadi masalah kerana kebanyakan Power Adapter di Malaysia memang mempunyai spesifikasi yang ngam dengan inpUt voltage di Malaysia. Kecuali anda mahu keluar negara pastikan anda membawa Adapter yang mempunyai input voltage yang betul dengan negara yang anda lawati! kalau tak meletup nanti!


Tapi kalau dah tak tahu jugak camna nak cek atau cari adapter yang betul, boleh lah tengok list list di bawah
Kalau ada, memang ngam lah tu, kalau tak ada boleh hubungi kami untuk kepastian



Adapter Charger For All DELL (Socket Size: 7.5*5.0 Output:3.34A / 4.62A )

Adapter Charger For All ACER (Socket Size : 5.5*1.7 Output :4.74A)

Adapter Charger For All ACER (Socket Size : 5.5*1.7 Output :3.42A)

Adapter Charger For All HP (Socket Size : 4.8*1.7 Output: 3.5A)

Adapter Charger For All TOSHIBA (Socket Size : 5.5*2.5 Output: 3.95A)

Adapter Charger For All TOSHIBA (Socket Size : 5.5*2.5 Output: 4.74A)

Adapter Charger For All SONY VAIO (Socket Size : 6.5*4.4 Output : 4.7A)

Tips Penjagaan Adapter Laptop

Tips Penjagaan Adapter Laptop



Banyak ilmu kepakaran tentang komputer terutamanya tentang bagaimana hendak menjaga komputer yang saya rasa patut dikongsi bersama anda semua. Saya merasakan amat berdosa jika tidak berkongsi pengetahuan yang saya ketahui kepada umum. Di sini adalah tips untuk menjaga adapter charger anda. Harap dapat membantu


1) Pastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop anda. Jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop anda, kemungkinan untuk laptop anda rosak adalah tinggi.


2) Letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan dengan air. Ini untuk mengelak kan anda dari terkena renjatan elektrik dan kemusnahan laptop anda.



3) Selalu cabut charger andabila charger anda sudah terlalu panas. Ini untuk mengelakkannya dari rosak dan merosakkan laptop.



4) Adalah dinasihatkan anda mencabut charger bila bateri sudah penuh. Ini sekaligus menjaga bateri dan charger anda.



5) Apabila menggunakan charger, adalah lebih baik menanggalkan bateri. Apabila menggunakan bateri adalah lebih baik untuk mencabut charger. Untuk mengecas bateri ianya lebih baikjika laptop anda sedang ‘OFF’



6) Bila menggunakan charger untuk masa yang lama, letakkannya di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain. Ini untuk mengelakkan terlebih panas.


7) Wayar charger harus dielakkan dari terkoyak terkena benda tajam seperti bucu meja. Jika wayar charger sudah terkoyak, jangan gunakan lagi. Jangan balut wayar charger dengan ‘tape’ atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop boleh berlaku. Tukar dan beli charger yang baru.



Senang cerita bila guna laptop
Kalau guna charger jangan guna bateri
Kalau guna bateri jangan guna charger
Kalau nak cas bateri, cas bila laptop OFF

Friday, 27 December 2013

Keyboard Toshiba C600 / C640 / C645 / C645D-SP4001M / C645D-SP4160M / L635-S3012


Keyboard Toshiba C600 / C640 / C645 / C645D-SP4001M / C645D-SP4160M / L635-S3012

Testimoni






Please visit to our websites to see more testimonial for self satisfaction.

Product Description : 

Status : New
Color : Black
Type : OEM

Benefit :
  • Warranty 3 Month
  • Change one to one if product fail to operate
  • Money back guarantee
  • New OEM Product
  • Product tested before sell to customer

Kami menyediakan khidmat POS Adapter Charger ke tempat anda
di sekitar seluruh dunia
Sama ada di pejabat atau di rumah anda.
McDonalds, Pertronas, Caltex, atau di mana-mana sahaja, janji anda berpuas hati!
______________________________________________________

Tip-Tips Menjaga Keyboard

1. Menggunakan Keyboard Protector




Gunalah keyboard protector, terutama jika Anda memiliki Laptop baru.Terdapat pelbagai jenis keyboard protector yang dijual di pasaran sekarang.Harga mengikut jenis protector itu sendiri,lingkungan RM10 - RM30.Malahan ada juga yang mengikut jenis keyboard laptop.Ianya diperbuat daripada plastik silicon dan boleh dibersihkan menggunakan air. Keyboard protector ini dapat menjaga agar butang  keyboard sentiasa bersih dan mencegah dimasuki kotoran atau habuk dari luar ke dalam celah-celah keyboard. Namun, ada satu hal yang perlu diperhatikan, iaitu tidak semua Laptop di sarankan menggunakan keyboard protector kerana sesetengah laptop perlukan sistem aliran haba yang  udaranya di ambil dari celah-celah keyboard. Dalam kes terburuk, keyboard protector akan membuat Laptop tersebut menjadi lebih panas.

Keyboard Lenovo 3000 / G230 / G430 / G450 / G455 / G530 Black


Keyboard Lenovo 3000 / G230 / G430 / G450 / G455 / G530 Black 

Testimoni






Please visit to our websites to see more testimonial for self satisfaction.

Product Description : 

Status : New
Color : Black
Type : OEM

Benefit :
  • Warranty 3 Month
  • Change one to one if product fail to operate
  • Money back guarantee
  • New OEM Product
  • Product tested before sell to customer

Kami menyediakan khidmat POS Adapter Charger ke tempat anda
di sekitar seluruh dunia
Sama ada di pejabat atau di rumah anda.
McDonalds, Pertronas, Caltex, atau di mana-mana sahaja, janji anda berpuas hati!
______________________________________________________

Tip-Tips Menjaga Keyboard

1. Menggunakan Keyboard Protector




Gunalah keyboard protector, terutama jika Anda memiliki Laptop baru.Terdapat pelbagai jenis keyboard protector yang dijual di pasaran sekarang.Harga mengikut jenis protector itu sendiri,lingkungan RM10 - RM30.Malahan ada juga yang mengikut jenis keyboard laptop.Ianya diperbuat daripada plastik silicon dan boleh dibersihkan menggunakan air. Keyboard protector ini dapat menjaga agar butang  keyboard sentiasa bersih dan mencegah dimasuki kotoran atau habuk dari luar ke dalam celah-celah keyboard. Namun, ada satu hal yang perlu diperhatikan, iaitu tidak semua Laptop di sarankan menggunakan keyboard protector kerana sesetengah laptop perlukan sistem aliran haba yang  udaranya di ambil dari celah-celah keyboard. Dalam kes terburuk, keyboard protector akan membuat Laptop tersebut menjadi lebih panas.