Thursday 19 December 2013

Tukar Motherboard Laptop CQ40 AMD Kepada Intel!!



AMD dan Intel merupakan antara contoh pengeluar processor terbesar dalam pasaran dunia. Banyak laptop sekarang menggunakan proceesor ini. Seperti sedia maklum, processor merupakan pusat pengendali dan memproses kerja-kerja dalam sesebuah komputer. Pada umumnya, pocessor berfungsi untuk memproses data yang diterima dari masukan atau input kemudian akan menghasilkan keluaran atau output.

Processor ini akan berhubung terus dengan komponen komputer yang lain seperti hard disk dan RAM. Fungsi processor ini juga digambarkan sebagai otak dalam sesebuah komputer di mana setiap data akan melalui processor sebelum keluar sebagai output. Tapi di sini kami bukanlah ingin menerangkan maksud processor dengan lebih lanjut.



Apakah perbezaan antara 2 processor AMD dan Intel ni? Sudah semestinya setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Processor AMD ni mementingkan kelajuan, sebab tu kaki 'gaming' lebih gemar memilih dan membeli laptop dengan processor AMD. Tapi bila dah laju sangat, ia menghasilkan haba yang banyak dan sebab tu lah laptop jadi overheat dan kadang-kadang 'autoshutdown'.

Motherboard Compaq CQ40 AMD

Intel pula sangat mementingkan ketahanan. Tak mustahil ramai pengguna laptop sekarang ingin menukar processor laptop mereka dari AMD ke Intel. Tapi tahukah anda, agak sukar proses nak tukar dari AMD ke Intel sebab setiap motherboard memang dah direka khas untuk processor tertentu. Kalau nak tukar, memang terpaksa tukar motherboard sekali.

Motherboard Compaq CQ40 Intel

Sehingga hari ini, kami di OK Computer Solution telah berjaya menukar lebih 50 buah laptop dari motherboard AMD ke motherboard Intel. Apakah kelebihannya menukar motherboard Intel dengan kami?

- Temperature Intel akan dikawal secara automatik (processor Intel sendiri akan mengurangkan kelajuan jika laptop terlampau panas)

- Pipeline pada processor Intel lebih panjang berbanding dengan processor yang lain

- Beberapa pakar dalam bidang elektronik dari seluruh dunia telah menguji dan berpendapat ketahanan Intel lebih bagus berbanding processor lain

- Motherboard didatangkan dengan slot RAM DDR3

- Kami bagi jaminan 6 bulan!

- Money back guarantee tanpa banyak soal!

Berikut merupakan beberapa contoh laptop model Compaq Presario CQ40 yang telah berjaya kami tukarkan kepada motherboard Intel :






Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang amd vs intel, processor intel, repair motherboard laptop, kelebihan processor intel, cpu intel, processors, motherboard laptop, intel processors, compaq presario cq40, tukar motherboard laptop, compaq presario, laptop compaq, hp laptop, presario cq40, compaq cq40, laptops, hp compaq, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments:

Post a Comment