Wednesday 13 November 2013

Repair Laptop Acer aspire 4740


Repair Laptop Acer aspire 4740 
Tuan laptop seperti yang diatas mengadu kepada kami bahawa laptop beliau mengalami masalah auto shut down tanpa ditekan button shut down pun. Dengan rasa tidak berpuas hati dengan keadaan tu beliau segera datang ke kedai kami untuk mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang berlaku kepada laptop kesayangannya. Kami sangat mengenali akan model laptop ini dimana selalu keluar masuk kedai kami dan kami tahu apa punca masalah itu berlaku. Ia adalah disebabkan chipset power controller yang sudah terbakar, hangit, rentung disebabkan saluran pernafasan bagi laptop tersebut dek habuk-habuk yang terkumpul pada fan laptop.

Habuk-habuk tadi menyebabkan suhu laptop meningkat lantas menyebabkan chipset yang sangat fragile kepada haba rosak. Jadi beliau segera membuat keputusan untuk menyerahkan laptop beliau kepada kami kerana beliau yakin dengan kepakaran kami dalam menyelesaikan masalah tersebut.

jadi peringatan kami kepada pengguna-pengguna laptop agar membuat pembersihan kipas atau fan laptop sekitar 6 bulan sekali. Ini akan membuat laptop anda sentiasa berada pada suhu yang tidak menyebabkan laptop mengalami masalah yang sama dengan pengguna diatas.



Inilah heatsink tersumbat dek habuk . Gambar bukan hiasan, real punya.

Haa, inilah punca terjadinya masalah kepada laptop diatas. Habuk diantara heatsink serta kipas yang menyekat pengaliran udara atau haba daripada motherboard menyebabkan laptop mudah atau senang rosak. Jangan bazirkan duit anda disebabkan kemalasan anda untuk membersihkan heatsink dan juga kipas laptop.
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair motherboard, autooff, cannot on, auto shut down, no display, skrin tak keluar gambar, caps lock berkelip-kelip
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments:

Post a Comment