Thursday, 16 January 2014

Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Laptop Terkena Air?


Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Laptop Terkena Air?

Memang sudah menjadi kebiasaan pengguna laptop, asal nak guna laptop je mesti nak kena ada makanan atau minuman dekat sebelah, lagi-lagi kalau tengah layan 'movie', peh, memang layan habis... Tapi tahukah, sebenarnya anda sedang memperjudikan nasib motherboard laptop anda!




Umum mengetahui akibat air tertumpah atau terkena motherboard kerana peluang untuk baik pulih adalah amat tipis. Dan amat bertuah bagi pengguna laptop yang mana pernah mengalami masalah seperti ini kemudian boleh gunakan semula laptop seperti biasa.

Di sini kami ingin kongsikan dengan anda apakah yang perlu dilakukan apabila laptop anda terkena air :

1) Off kan dulu laptop

Mungkin naluri keghairahan anda sangat kuat untuk menguji dulu laptop anda samada masih boleh on atau tak, namun kebiasaannya ia tidak akan bertahan lama, setelah beberapa ketika, laptop anda akan off juga, kami sarankan agar anda off kan dulu laptop yang dah termasuk / tertumpah air.

2) Tanggalkan komponen laptop

Lepas dah off kan laptop, tanggalkan adapter charger dan bateri laptop supaya tiada aliran kuasa elektrik sampai terus ke motherboard. Kemudian anda boleh terus buka komponen-komponen yang lain sehingga tinggal motherboard laptop sahaja. (Bagi mereka yang dah biasa buat sahaja, kalau anda tak berani nak buka, boleh hantar terus kepada yang pakar).



3) Sedut keluar cecair

Jika anda ada pembersih vakum dengan penyedut muncung kecil, boleh digunakan untuk menyedut cecair terutama pada lubang tertentu seperti lubang power jack, usb port dan lain-lain. Kalau takda pembersih vakum, anda boleh buat secara manual, caranya adalah sediakan mangkuk kecil di sebelah anda, kemudian sedut pada lubang-lubang yang dimasuki air tersebut. Ingat, lepas anda menyedut, pastikan anda meludah ke dalam mangkuk kecil tadi bagi mengelakkan tertelan sebarang jenis bahan kimia mekanikal dari motherboard laptop anda.

4) Keringkan motherboard

Taburkan semangkuk beras nasi ke atas motherboard laptop anda. Biarkan selama 48 jam. Jangan sesekali menggunakan pengering rambut, kerana ia akan merosakkan chip ic dalam motherboard. Kalau nak gunakan kain atau tisu, pastikan tiada sebarang benang yang terlekat pada motherboard, dikhuatiri motherboard laptop anda shock selepas anda on semula laptop.

5) On semula laptop

Bersihkan motherboard dari beras nasi yang ditabur sebelum ini, jika masih terdapat wap-wap air, keringkan terus dengan kain bersih. Dengan memasukkan kapas pengorek telinga dalam lubang-lubang seperti power jack dan usb port, dapat membantu mengukur jumlah lembapan yang masih tinggal. Jika masih kelihatan basah, boleh masukkan beberapa beras nasi ke dalam lubang tadi, kemudian biarkan dalam sehari lagi. Jika betul-betul sudah kering, anda boleh pasang semula laptop anda dan cuba on kan. Jika masih berfungsi, alhamdulillah. Jika tidak, anda boleh menghantar laptop ke kedai komputer.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang water damaged, laptop masuk air, water damage, laptop water damage, water damage repair, laptop water damage repair, water damage laptop, laptop terkena air, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.