Wednesday 27 August 2014

Astro Memohon Maaf

Astro Memohon Maaf Atas Gangguan – Membuka Semua Saluran Secara Percuma Untuk Penghujung Minggu Ini


Pada penghujung minggu lepas, Astro telah mengalami gangguan siaran untuk sejumlah saluran untuk beberapa jam, membuatkan ramai pengguna tidak boleh menonton kebanyakkan siaran yang diingini mereka. Lanjutan daripadanya, hari ini pihak Astro dilihat telah mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengannya, dan memohon maaf atas kejadian tersebut.



Menurut perkongsian Astro di Facebook, mereka mengatakan gangguan tersebut berlaku disebabkan oleh kebakaran di fasiliti mereka di Bukit Jalil. Masalah yang dialami bermula pukul 6 petang 24 Ogos lepas tersebut selesai sepenuhnya menjelang 11 malam, dan Astro beroperasi seperti biasa selepas itu.

Sebagai memohon maaf untuknya, pihak Astro akan membuka kesemua saluran mereka (kecuali Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) untuk diakses dan ditonton sepanjang hujung minggu ini, iaitu bermula 29 Ogos 6 petang sehingga 1 September 2014, 12 tengah malam.

SUMBER RUJUKAN: ASTRO
SUMBER BETIA: Amanz.my

No comments:

Post a Comment