Thursday, 2 November 2017

APPLE MACBOOK REPAIR MALAYSIA | OKCS

REPAIR APPLE MACBOOK DIMANA-MANA CAWANGAN OKCS SELURUH MALAYSIA


Encik Kabul merupakan seorang Pengarah Urusan bagi Adamo Vending Machine.
Beliau dari Kuala Lumpur terus ke Johor Bahru kerana ada seminar yang akan diadakan oleh syarikatnya.


Tapi, sebaik sahaja beliau sampai di Johor Bahru, Apple MacBook beliau terjatuh.
Lebih teruk apabila didapati skrin Apple MacBook tersebut tidak menghasilkan sebarang paparan selepas dihidupkan.


Esok beliau ada dokumen yang perlu dibentangkan dalam seminar.
Masalahnya semua data penting itu ada dalam Apple MacBook yang rosak.


Tuan Kabul dah risau pasal kedai semua dah tutup.
Nasib baik OKCS buka sampai pukul 9 malam.
OKCS Johor Bahru cuba membantu untuk mengeluarkan data powerpoint dan lain-lain data penting untuk seminar esok.


Alhamdulillah, semua data penting dapat diselamatkan untuk seminar esok.
Tuan Kabul sangat lega kerana seminar pagi esok tidak terganggu walaupun Apple MacBook miliknya masih dalam proses repair. Yang penting, data powerpoint untuk seminar esok dapat diselamatkan.



Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING


Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 

Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.


1 minit dari KFC Kamunting 

3 minit dari Masjid Kamunting 

5 minit dari Aeon Taiping 

10 minit dari Exit Tol Taiping Utara


HOTLINE 

0125445431


WHATSAPP: 

https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping


waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg


Penulis,
Zaim Halib

MOUSE TERBAIK 2017 | OKCS

MOUSE TERBAIK 2017.


Kebanyakkan mouse akan terus direct kepada laptop atau pun pc anda supaya memudahkan pergerakkan pada desktop. Semua orang tahu mouse ini ada lampu sensor dibawah, ade 2 butang klik kiri dan kanan, dan scroll wheel pada bahagian tengah mouse. Tetapi mereka tidak tahu kelebihan setiap mouse yang mereka gunakan.

Mouse terbaik dapat memudahkan setiap kerja yang kita lakukan mengikut kesesuaian penggunaan kita. Bukan hanya untuk bermain game atau untuk browsing web sahaja.

MOUSE TERBAIK.


1. Logitech MX Master


Logitech MX Master Mouse terbaik 2017 merupakan mouse terbaik dari Logitech dan telah menjadi salah satumouse terbaik untuk masa kini. Mouse ini mememiliki design yang unik dan selesa sangat ketika menggunakan nya. Sambungan melalui Bluetooth ataupun usb dengan begitu baik.

Mouse Logitech ini memiliki bateri yang boleh ditukar ganti. Ianya boleh bertahan selama 40 hari.

Logitech MX Master memang sedikit mahal tetpi anda akan berasa berpuas hati ketika mengunakan nya.

2. Logitech MX Anywhere 2.


Logitech MX Anywhere 2 merupakan mouse portable yang sangat berkualiti tinggi. Saiz dan design yang dikeluarkan sangat mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Mouse terbaik ini disambungkan melalui Bluetooth atau 2.4Ghz wireless (menggunakan Dongle Logitech) dengan begitu baik sekali, dan permukaan bagi mouse ini berkilat dan cantik. Mouse Logitech MX Anywhere 2 adalah salah satu mouse terbaik.

3. Apple Magic Mouse 2.


Apple Magic Mouse keluaran pertama banyak ulasan yang negative daripada penggemar Apple.

Oleh kerana itu, Apple telah mengeluarkan keluaran yang kedua dengan design yang lebih menarik, senang untuk digunakan dan wireless supaya boleh dibawa ke mana-mana sahaja. 


Apple Magic Mouse mempunyai permukaan trackpad multi-touch dan pergera. Memiliki design yang cantik lebih lancar berbanding version yang pertama. Yang paling penting bateri boleh ditukar ganti.

4. Microsoft Bluetooth Mobile Mouse 3600


Microsoft Bluetooth Mobile Mouse 3600 merupakan mouse yang memiliki design yang klasik dan harganya sangat berpatutan. Memiliki design yang cantik, colour matte dan sangat sesuai untuk pengguna kanan atau kidal.

Mouse buatan Microsoft ini tidak memerlukan ruang USB port kerana ianya terus connected ke system bluetooth yang sangat lancar apabila menggunakan nya. Mouse Bluetooth Mobile Mouse 3600 ini boleh digunakan dimana sahaja.

5. Razer DeathAdder Chroma



Tak perlu fikir banyak dalam membuat keputusan pembelian mouse Razer DeathAdder Chroma ini. Kerana design yang dikeluarkan sangat menarik dan mempunyai banyak pilihan. Penggunaan yang sangat lancar dan sangat digemari oleh Gamers.

Apalagi versi terbaru Razer DeathAdder Chroma ini menggunakan sensor optik 10.000 CPI (walaupun tak semua orang memerlukan CPI yang tinggi.)


Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING


Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 

Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.


1 minit dari KFC Kamunting 

3 minit dari Masjid Kamunting 

5 minit dari Aeon Taiping 

10 minit dari Exit Tol Taiping Utara


HOTLINE 

0125445431


WHATSAPP: 

https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping


waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg


SENARAI SEMAK KOMPUTER | OKCS

SENARAI SEMAK SELEPAS KOMPUTER DIBAIKI/DISERVIS


Senarai semak telah menjadi standard di OKCS.
Senarai semak perlu diisi oleh mana-mana staf OKCS yang berpengalaman dari segi hardware & juga software.
Adalah menjadi satu kewajiban kami di OKCS bagi memastikan semua pelanggan yang datang mengambil kembali komputernya perlu dilampirkan bersama senarai semak yang telah siap diisi.

Objektif senarai semak dibuat:
  • Supaya pelanggan sedia maklum dengan kerosakan yang berlaku pada komputer tersebut sebelum proses baikpulih dibuat.
  • Pelanggan dapat mengetahui keadaan semasa komputernya.
  • Pelanggan boleh mengetahui kerosakan lain pada komputernya.

1. Screw
Pihak kami akan memastikan semua skru pada komputer. 
Jika ada yang hilang, ianya akan dinyatakan dalam jobsheet sebelum komputer diambil untuk dibaiki dan juga akan dimaklumkan dalam senarai semak.


2. Dent/Scratch
Dent bererti kemik manakala scratch bererti calar didalam bahasa Melayu. 
Calar major sehingga menampakkan warna selain cat asal komputer akan dinyatakan dalam senarai semak. 
Technician akan meneliti seluruh badan komputer untuk mengesan calar yang ada sebelum komputer diambil.
                              


3. Keyboard
Untuk pengujian keyboard, pihak kami akan memeriksa:
- Semua kekunci
- Kekunci function
- Power button


4. Bottom Rubber
Untuk bottom rubber, kami akan periksa samada kesemua bottom rubber masih ada ataupun tidak. 
Ianya akan dinyatakan dalam checklist jika ada bottom rubber yang hilang.
Kebiasaannya laptop mempunyai 4 unit bottom rubber.


5. Magsafe/Charger
Magsafe adalah nama lain bagi pengecas Apple MacBook. 
Pihak kami akan menguji terlebih dahulu magsafe yang ditinggalkan samada ia berada dalam keadaan baik ataupun tidak. 
Ianya akan dilabelkan supaya tidak tertukar dengan mana-mana magsafe yang terdapat di premis kami.


6. DC Jack/Power Jack
Untuk DC Jack/Power Jack, kami periksa :

- Kebocoran arus elektrik
- Kelonggaran komponen

Komponen ini sangat penting dan perlu diberi perhatian kerana ianya melibatkan kuasa elektrik. Banyak kes litar pintas berlaku akibat kecuaian diri sendiri yang langsung tidak menghiraukan penjagaan komponen ini.


7. OS
Untuk Operating System (OS), kami akan periksa:

- Versi OS yang digunakan contohnya Windows 10 versi 1709 build 16299
- OS up to date atau tidak.
- OS sesuai dengan spesifikasi komputer ataupun tidak sesuai.

Ianya penting untuk diperiksa bagi memastikan keselesaan anda semasa menggunakannya. 
Sebarang masalah pada OS akan dinyatakan.

8. HDD/SSD
Jika OS boleh dimasuki, sudah tentu HDD/SSD boleh digunakan.
Namun, perlu dinyatakan juga status HDD/SSD yang digunakan. 
Berapa kapasiti dan jenamanya.


9. RAM
RAM juga perlu dicatat samada dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak.
Periksa kapasitinya dan berapa slot yang ada. Senang pelanggan nak buat keputusan untuk upgrade komputer nanti.


10. Screen
Nyatakan dalam senarai semak bagaimana keadaan skrin. Samada calar, retak, masih baru dan sebagainya.


11. Battery
Kebanyakan kes tidak diambil bateri laptop tersebut kecuali ianya built-in (berada didalam).


12. Fan
Nayatakan keadaan kipas komputer tersebut. Berpusing atau tidak berpusing. Bunyi yang normal atau bising. Berhabuk ataupun tidak.


13. Trackpad
Nyatakan keadaan trackpad. Jika tidak boleh digunakan cuba pula mouse melalui sambungan USB. Jika cursor masih tidak bergerak, ianya mungkin masalah lain.


14. Service
Nyatakan samada habuk dibersihkan atau tidak, thermal pad atau thermal paste ditukar atau tidak.



15. Wifi Card
Wifi diuji melalui sambungan kemana-mana Access Point (AP). Jika tiada AP dikesan, on/off wifi dan cuba sekali lagi. Periksa driver. Jika masih tidak boleh digunakan, ianya mungkin masalah pada hardware


16. Sound
Bunyi diuji dengan memasang audio. Nyatakan jika audio yang didengari berbunyi pelik atau pecah.


17. Bluetooth
Blutooth diuji dengan menyambungkan komputer kemana-mana gadget lain yang menggunakan bluetooth seperti mouse.


18. Web Cam
Web cam boleh diuji dengan menggunakan aplikasi kamera sediada pada komputer. Jika tiada kamera, nyatakan.


19. DVD Writer
Pasangkan apa sahaja DVD untuk menjalani proses diagnos DVD. Jika ianya tidak boleh dibaca, tandakan.


20. I/O Port
Semua port dimasukkan gadget satu demi satu untuk diketahui samada berfungsi ataupun tidak.


Kesimpulannya, senarai semak sangat penting sebelum & selepas komputer dibaikpulih.
Ianya dapat memudahkan kedua-dua pihak terutama kepada pelanggan yang ingin mengetahui keadaan terkini komputernya dan apa yang perlu dinaiktaraf/dikemaskini/dibaikpulih.




Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING


Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 

Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.


1 minit dari KFC Kamunting 

3 minit dari Masjid Kamunting 

5 minit dari Aeon Taiping 

10 minit dari Exit Tol Taiping Utara


HOTLINE 

0125445431


WHATSAPP: 

https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping


waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg



Penulis,
Zaim Halib

REPAIR LAPTOP LENOVO Y50 | OKCS

HINGE PATAH & BODY PECAH


Laptop Lenovo Y50 adalah model laptop yang tidak asing lagi di OK Computer Solution. Sudah banyak kerosakan yang kami terima mengenai laptop Lenovo Y50 ini. Majoritinya melibatkan hinge patah & body pecah berdasarkan rekod yang ada dalam sistem kami. Ianya sangat menyukarkan pengguna laptop tersebut sehingga ada yang tidak boleh membuka skrin langsung.

HINGE PATAH & BODY PECAH

Jika anda merupakan pengguna laptop Lenovo Y50, ada beberapa tanda sebelum hinge patah/body laptop anda akan pecah yang wajib anda tahu antaranya:
·  Skrin makin ketat dari sebelumnya.
·  Bila anda buka sahaja skrin, ada bunyi asing yang datang dari sudut laptop.
·  Bila buka skrin, body laptop terangkat sedikit (ada pergerakan pada body).

KOMPONEN DILERAIKAN DARI LAPTOP UNTUK MENGANALISA KEROSAKAN

Kesemua tanda diatas adalah perkara yang biasa berlaku bagi model ini sebelum hinge patah atau body pecah. Apa yang perlu dibuat jika hinge patah/body pecah? Jangan risau & bawa bertenang. Anda boleh datang ke OKCS untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang akan terjadi kalau anda biarkan sahaja hinge patah/body pecah? Antara kerosakan susulan jika hinge patah/body pecah dibiarkan begitu sahaja:

·      Skrin laptop pecah/retak
·      DC jack rosak
·      Ribbon skrin putus/rosak
·      Kabel wifi putus


 BODY PART & HINGE DIASINGKAN DARI MOTHERBOARD UNTUK MEMUDAHKAN KERJA BAIKPULIH



TAPAK HINGE YANG AKAN DIBAIKPULIH OLEH PAKAR LAPTOP KAMI


Pakar laptop kami di OK Computer Solution dah menyelesaikan banyak masalah melibatkan hinge patah/body pecah Laptop Lenovo Y50 mahupun jenama/model laptop yang lain seperti Alienware, Predator, dan banyak lagi. Laptop anda akan disiapkan dalam masa 2 hari sahaja bergantung kepada queue masalah yang pakar laptop kami perlu dahulukan. Kosnya pula hanya RM50 sahaja untuk selesaikan masalah tersebut.

HASIL KERJA YANG DILAKUKAN OLEH PAKAR LAPTOP KAMI


Ramai pelanggan kami sangat berpuasa hati setelah laptopnya kembali seperti biasa. Hasil baikpulih hinge/body kami juga menerima banyak feedback positif dari pelanggan yang pernah dapatkan perkhidmatan dari kami. Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami.

Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING


Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 

Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.


1 minit dari KFC Kamunting 

3 minit dari Masjid Kamunting 

5 minit dari Aeon Taiping 

10 minit dari Exit Tol Taiping Utara


HOTLINE 

0125445431


WHATSAPP: 

https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping


waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg


Penulis,
Zaim Halib