Thursday 2 November 2017

SENARAI SEMAK KOMPUTER | OKCS

SENARAI SEMAK SELEPAS KOMPUTER DIBAIKI/DISERVIS


Senarai semak telah menjadi standard di OKCS.
Senarai semak perlu diisi oleh mana-mana staf OKCS yang berpengalaman dari segi hardware & juga software.
Adalah menjadi satu kewajiban kami di OKCS bagi memastikan semua pelanggan yang datang mengambil kembali komputernya perlu dilampirkan bersama senarai semak yang telah siap diisi.

Objektif senarai semak dibuat:
  • Supaya pelanggan sedia maklum dengan kerosakan yang berlaku pada komputer tersebut sebelum proses baikpulih dibuat.
  • Pelanggan dapat mengetahui keadaan semasa komputernya.
  • Pelanggan boleh mengetahui kerosakan lain pada komputernya.

1. Screw
Pihak kami akan memastikan semua skru pada komputer. 
Jika ada yang hilang, ianya akan dinyatakan dalam jobsheet sebelum komputer diambil untuk dibaiki dan juga akan dimaklumkan dalam senarai semak.


2. Dent/Scratch
Dent bererti kemik manakala scratch bererti calar didalam bahasa Melayu. 
Calar major sehingga menampakkan warna selain cat asal komputer akan dinyatakan dalam senarai semak. 
Technician akan meneliti seluruh badan komputer untuk mengesan calar yang ada sebelum komputer diambil.
                              


3. Keyboard
Untuk pengujian keyboard, pihak kami akan memeriksa:
- Semua kekunci
- Kekunci function
- Power button


4. Bottom Rubber
Untuk bottom rubber, kami akan periksa samada kesemua bottom rubber masih ada ataupun tidak. 
Ianya akan dinyatakan dalam checklist jika ada bottom rubber yang hilang.
Kebiasaannya laptop mempunyai 4 unit bottom rubber.


5. Magsafe/Charger
Magsafe adalah nama lain bagi pengecas Apple MacBook. 
Pihak kami akan menguji terlebih dahulu magsafe yang ditinggalkan samada ia berada dalam keadaan baik ataupun tidak. 
Ianya akan dilabelkan supaya tidak tertukar dengan mana-mana magsafe yang terdapat di premis kami.


6. DC Jack/Power Jack
Untuk DC Jack/Power Jack, kami periksa :

- Kebocoran arus elektrik
- Kelonggaran komponen

Komponen ini sangat penting dan perlu diberi perhatian kerana ianya melibatkan kuasa elektrik. Banyak kes litar pintas berlaku akibat kecuaian diri sendiri yang langsung tidak menghiraukan penjagaan komponen ini.


7. OS
Untuk Operating System (OS), kami akan periksa:

- Versi OS yang digunakan contohnya Windows 10 versi 1709 build 16299
- OS up to date atau tidak.
- OS sesuai dengan spesifikasi komputer ataupun tidak sesuai.

Ianya penting untuk diperiksa bagi memastikan keselesaan anda semasa menggunakannya. 
Sebarang masalah pada OS akan dinyatakan.

8. HDD/SSD
Jika OS boleh dimasuki, sudah tentu HDD/SSD boleh digunakan.
Namun, perlu dinyatakan juga status HDD/SSD yang digunakan. 
Berapa kapasiti dan jenamanya.


9. RAM
RAM juga perlu dicatat samada dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak.
Periksa kapasitinya dan berapa slot yang ada. Senang pelanggan nak buat keputusan untuk upgrade komputer nanti.


10. Screen
Nyatakan dalam senarai semak bagaimana keadaan skrin. Samada calar, retak, masih baru dan sebagainya.


11. Battery
Kebanyakan kes tidak diambil bateri laptop tersebut kecuali ianya built-in (berada didalam).


12. Fan
Nayatakan keadaan kipas komputer tersebut. Berpusing atau tidak berpusing. Bunyi yang normal atau bising. Berhabuk ataupun tidak.


13. Trackpad
Nyatakan keadaan trackpad. Jika tidak boleh digunakan cuba pula mouse melalui sambungan USB. Jika cursor masih tidak bergerak, ianya mungkin masalah lain.


14. Service
Nyatakan samada habuk dibersihkan atau tidak, thermal pad atau thermal paste ditukar atau tidak.



15. Wifi Card
Wifi diuji melalui sambungan kemana-mana Access Point (AP). Jika tiada AP dikesan, on/off wifi dan cuba sekali lagi. Periksa driver. Jika masih tidak boleh digunakan, ianya mungkin masalah pada hardware


16. Sound
Bunyi diuji dengan memasang audio. Nyatakan jika audio yang didengari berbunyi pelik atau pecah.


17. Bluetooth
Blutooth diuji dengan menyambungkan komputer kemana-mana gadget lain yang menggunakan bluetooth seperti mouse.


18. Web Cam
Web cam boleh diuji dengan menggunakan aplikasi kamera sediada pada komputer. Jika tiada kamera, nyatakan.


19. DVD Writer
Pasangkan apa sahaja DVD untuk menjalani proses diagnos DVD. Jika ianya tidak boleh dibaca, tandakan.


20. I/O Port
Semua port dimasukkan gadget satu demi satu untuk diketahui samada berfungsi ataupun tidak.


Kesimpulannya, senarai semak sangat penting sebelum & selepas komputer dibaikpulih.
Ianya dapat memudahkan kedua-dua pihak terutama kepada pelanggan yang ingin mengetahui keadaan terkini komputernya dan apa yang perlu dinaiktaraf/dikemaskini/dibaikpulih.




Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING


Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 

Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.


1 minit dari KFC Kamunting 

3 minit dari Masjid Kamunting 

5 minit dari Aeon Taiping 

10 minit dari Exit Tol Taiping Utara


HOTLINE 

0125445431


WHATSAPP: 

https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping


waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg



Penulis,
Zaim Halib

No comments:

Post a Comment