Tuesday 31 December 2013

Akibat guna adapter yg rosak dan tidak sesuai

Akibat guna  adapter yg rosak dan tidak sesuai

Kurangnya Kepekaan pengguna terhadap kerosakkan adapter dan ketidaksuaian adapater boleh memberikan impak kerosakkan yg sangat teruk kepada laptop mereka
.Tetapi sejak dua menjak kebelakangan ini kebanykkan pengguna lebih suka memilih untuk menggunakan adapter universal atau All-In-One


tahukah Anda akan akibatnya menggunakankan adapter yang sudah rosak atau tidak sesuai boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti berikut:-


-LCD/LED screen akan mudah rosak


-Hard Disk Driver (HDD) lagging atau tersekat-sekat


-Chipset mudah rosak

-Motherboard mudah terbakar



-Ram tidak boleh berfungsi dengan sempurna


-Bateri akan mudah rosak





Universal adapter vs Original/Replacement adapter

Universal adapter merupakan adapter yang boleh dilaras mengikut kadar voltan dan arus elektrik yang anda mahukan. Ia juga mempunyai connecter yang pemboleh ubah mengikut laptop anda. Namun ianya agak kurang selamat digunakan kerana, apabila sudah lama digunakan, pelaras voltan itu akan menjadi rosak dan boleh memberi efek kepada laptop anda.

Tidak seperti Original/Replacement adapter, kadar voltan dan arus elektrik-nya sudah ditetapkan dan tidak boleh di ubah. Ia lagi selamat untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang.


Universal adapter


Replacement adapter

Dari sini pentingnya bagi anda untuk memiliki power adapter yang betul-betul bersesuaian dengan laptop anda. Elakkan dari mengguna Universal power adapter. Kerana voltan yang disalurkan tidak menentu. Gunakan power adapter yang khusus bagi laptop anda, agar laptop anda mendapat punca kuasa yang sesuai dengannya.

Anda pengguna harus menjadi bijak untuk mendapatkan power adapter yang terbaik bagi laptop anda. Jangan kerana salah memilih adapter untuk laptop anda, anda terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki laptop anda yang rosak akibat dari kesilapan yang kecil. Kami OK Computer Solution perihatin tentang laptop anda.







Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments:

Post a Comment