Friday, 27 December 2013

Macbook Pro

Macbook Pro
Komputer riba ciptaan Apple iaitu Apple Macbook Pro adalah antara komputer riba yang mempunyai keupayaan untuk menandingi komputer desktop tidak kiralah dari PC ataupun Mac. Ia mampu membuka pelbagai aplikasi tanpa sebarang masalah dan juga berbakti dengan hebat kepada penggunanya. Walaupun tidak selansing Apple Macbook Air namun Apple Macbook Pro tidaklah pula besar gedabak sangat kerana ia masih lagi saiz yang relevan untuk sesebuah komputer riba untuk diusung ke sana dan ke mari tanpa sebarang masalah. Malah ia juga membekalkan lebih port dan juga mempunyai slot untuk kad memori kemera digital.
Dikuasakan dengan cip prosessor Intel i7,i5 juga 13 dan kad grafik yang tidak kurang hebatnya, Apple Macbook Pro ini memang direka untuk mereka yang dahagakan sebuah komputer riba yang mempunyai kuasa sejati. Sesuai untuk mereka yang gilakan permainan video, pereka grafik, editor video dan jugak penggila aplikasi yang memerlukan komputer mereka berupaya untuk menanggung beban kerja berat tanpa sebarang masalah.
Antara penambah-baikan terkini pada model Apple Macbook Pro adalah Thunderbolt , di mana ia mempunyai keupayaan untuk memindahkan data dengan sangat pantas seperti peranti mudah alih dan produk apple yang terkini iaitu Cinema Display monitors.