Friday 27 December 2013

Macbook Air

Macbook Air adalah antara produk mac yang paling mudah alih dan langsing serta menawan ternyata mengiurkan mata-mata yang memandang malahan boleh dikatakan produk mampu milik untuk kategori produk Mac (Apple). bermula dengan harga serendah USD999 untuk model 11 inchi dan Apple Macbook Air juga menawarkan model 13 inchi namun masih lagi dengan pakej lansing dan menawannya dengan ketebalan maksimum hanya 1.7cm sahaja.

Selain dari itu kelebihan Apple Macbook Air adalah kerana mempunyai flash memory storage atau lebih mudah dikenali sebagai SSD Solis State Drive ianya bagi menggantikan cakera keras. Namun begitu, kapasiti ruangan data amatlah terhad berbanding dengan HDD. Untuk mendapatkan kapasiti SSD yang besar, kos yang di keluarkan amat tinggi berbanding dengan HDD. Walaubagaimanapun, dengan perubahan itu telah menyebabkan Apple Macbook Air ini bukan sahaja mempunyai kepantasan yang sangat pantas ketika menulis atau mengakses data tetapi ia juga sangat senyap. Kekurangannya hanyalah pilihan ports dan connectors sahaja. Jika korang memerlukan port lebih mungkin korang boleh mencuba Apple Macbook Pro yang sedikit besar.



Secara kesimpulannya, Macbook Air ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan laptop yang kecil serta ringan tetapi mempunyai kuasa yang hebat. dengan ketebalan yang nipis serta ringan, ianya menjadi kegilaan para pengguna.

No comments:

Post a Comment