Thursday 2 November 2017

APPLE MACBOOK : STEP BY STEP CARA TUKAR HARD DISK DRIVE (HDD) KE SOLID STATE DRIVE (SSD)


Ingin meningkatkan prestasi Macbook anda ke tahap yang lebih baik? Dengan meletakkan SSD ke dalam MacBook akan membuatkan MacBook anda lebih power, boot dengan cepat, copy file atau dokumen-dokumen pun sekejap je dan yang paling penting sekali ia sangatlah responsif bila multitasking. 

Peralatan yang diperlukan.

  • Solid State Drive (SSD)
  • Pemutar Skru Philips (screwdriver) kecil

Pemasangan Solid State Drive (SSD)

Seterusnya, anda perlu membuka MacBook anda. Inilah bahagian yang menyeronokkan.


1. Terbalikkan MacBook anda. Dan cari lubang skru.
2. Keluarkan skru pada MacBook tersebut menggunakan pemutar skru Philips. Nota: Tempatkan skru kedalam bekas atau menggunakan magnet supaya skru tersebut tidak hilang.



3. Cungkil keluar bahagian bawah MacBook tersebut. Ianya boleh dikeluarkan dengan mudah. Tak guna kudrat yang banyak pun.



4. Sebagai langkah berjaga-jaga. Cabut ribbon yang menghubungkan bateri ke motherboard seperti yang dilakukan dalam gambar. Ini memastikan litar pintas tidak berlaku pada mana-mana komponen.




5. Cari hard disk drive (HDD), jika anda perasan, ada sekeping plastik kecil dilekatkan pada komponen tersebut oleh pihak Apple. Keluarkan skru. 



6. Angkat perlahan-lahan hard disk drive tersebut dengan menarik plastik yang terlekat padanya. Kemudian, keluarkan ribbon yang menyambungkan hard disk drive ke MacBook.




7. Di empat sisi hard disk drive terdapat empat skru kecil. Keluarkan ia dan pasangkannya semula pada solid state drive yang akan dimasukkan ke MacBook nanti.






8. Sambungkan ribbon pada solid state drive tersebut dan letakkan semula kedalam MacBook. Pasang semula sekeping plastik sepertimana kedudukan plastik pada hard disk drive sebelum ini.





9. Pastikan semua ribbon yang telah dicabut, dipasang semula. Kemudian, tutup casing dan masukkan balik semua skru.




10. Hidupkan balik MacBook. Dan kini anda boleh proceed untuk pemasangan OS.




BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak
OK COMPUTER SOLUTION TAIPING

Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 
Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.

1 minit dari KFC Kamunting 
3 minit dari Masjid Kamunting 
5 minit dari Aeon Taiping 
10 minit dari Exit Tol Taiping Utara

HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP: 
https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping

waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg
Penulis,

No comments:

Post a Comment