Saturday 4 November 2017

REPAIR PC DESKTOP : JAM DI KOMPUTER SELALU TAK BETUL? KEMUNGKINAN KUASA BATERI CMOS ANDA DAH HABIS!



Pelanggan kami mengadu komputernya bermasalah. Setiap kali komputer dihidupkan, sistem jam selalu perlu diperbetul. Sebenarnya, dia tidak kisah mengenai jam tersebut. Jam dinding, jam tangan serta jam telefon sudah cukup baginya. Yang menjadikan masalah lebih merumitkan, beliau tidak dapat membuat apa-apa carian di browser selagi jam tidak diperbetulkan. Beliau sangat stress kerana perlu membaiki jam komputernya setiap hari.

Technician kami memeriksa komputernya dan mendapati bateri CMOS telahpun kehabisan kuasanya. Jika tidak ditukar, ianya juga boleh mendatangkan kesan kepada motherboard dan lain-lagi dalam jangka masa yang panjang. Jika anda tahu berapa kos untuk tukar motherboard dan lain-lain, confirm tertelan air liur dibuatnya. Cegah lebih baik dari merawat.

Bateri CMOS yang lama.
Beliau bersetuju untuk menukar bateri CMOS tersebut kepada yang baru. Pemasangannya boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja. Harganya boleh dirujuk di mana-mana cawangan OKCS.
Bateri CMOS yang baru. Kan berkilat tu.
Akhirnya, beliau sangat gembira kerana setiap kali masuk kerja dah tak perlu betulkan jam lagi dah. Hidupkan komputer dan terus buka youtube. opss 😂, maksud kami kerja. Tak apa. Tak semestinya kena mengadap kerja sahaja selama berada dipejabat kan? Kadang-kadang kena la tenangkan minda sekejap, baru la tak stress. Tapi ingat, kerja perlu disiapkan tau.

Tiada masalah dah nak guna internet.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak
OK COMPUTER SOLUTION TAIPING

Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 
Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.

1 minit dari KFC Kamunting 
3 minit dari Masjid Kamunting 
5 minit dari Aeon Taiping 
10 minit dari Exit Tol Taiping Utara

HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP: 
https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping

waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg

Penulis,

No comments:

Post a Comment