Thursday 2 November 2017

LAPTOP TIADA PAPARAN | OKCS

BAIKI MOTHERBOARD LAPTOP


Laptop pelanggan kami bermasalah tiada paparan pada skrin selepas dihidupkan.  
Kejadian tiada paparan itu berlaku secara tiba-tiba ketika beliau sedang bermain permainan video. Beliau sangat frust kerana tidak boleh bermain permainan video lagi. 

Proses diagnos kerosakan laptop. (LED menyala + kipas berpusing tetapi tiada paparan)


Apa punca masalah laptop no display?
  • Skrin rosak (screen problem)
  • Ribbon skrin putus/luka/tercabut.
  • BIOS bermasalah
  • RAM bermasalah
  • Motherboard
Selepas diagnos dilakukan oleh pakar laptop kami. Didapati punca masalah sebenar datang dari motherboard. Di motherboard terletak banyak komponen dan slot penting. 

Random Access Memory, Processor, Graphic Processing Unit merupakan komponen yang biasa anda dengari. Selama 9 tahun kami beroperasi, majoriti masalah no display yang kami baikpulih berpunca dari motherboard adalah disebabkan oleh Graphic Processing Unit bermasalah. Kami sarankan kepada pelanggan tersebut bahawa motherboard perlu dibaiki atau ditukar baru (jika perlu & sangat jarang berlaku berdasarkan rekod kami).

Proses keluarkan motherboard dari laptop.

Tempoh baikpulih mengambil masa 3 minggu bergantung kepada queue masalah motherboard yang perlu diselesaikan. Hal ini disebabkan proses baikpulih yang rumit serta masalah motherboard yang perlu dibaiki sangat banyak (queue panjang). Kosnya pula bergantung kepada komponen yang dibaikpulih atau ditukar.
Proses reflow GPU.

Akhirnya, motherboard laptop beliau berjaya dibaikpulih. Setelah dihidupkan, laptop beliau kembali menghasilkan paparan dan tiada lagi masalah. Pelanggan kami sangat berpuas hati kerana selepas ini beliau boleh bermain permainan video semula. Cuma perlu diingatkan.. samada laptop baru atau lama, pastikan haba laptop anda berada dalam suhu normal bagi mencegah kerosakan.

REVIEWS PELANGGAN YANG TELAH REPAIR MOTHERBOARD DENGAN OKCS

Baiki Motherboard Apple MacBook Air 13
Baiki Motherboard Laptop Sony Vaio PCG-51111W 

Baiki Motherboard Apple MacBook 11 A1370

Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING


Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 

Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.


1 minit dari KFC Kamunting 

3 minit dari Masjid Kamunting 

5 minit dari Aeon Taiping 

10 minit dari Exit Tol Taiping Utara


HOTLINE 

0125445431


WHATSAPP: 

https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping


waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg


Penulis,
Zaim Halib

No comments:

Post a Comment