Thursday 2 November 2017

REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER AUTO SHUTDOWN KERANA PROCESSOR PANAS



2 minggu lepas, komputer ini dibawa ke OKCS Damansara Perdana untuk mendapatkan free checking dari kami. Tuannya mengadu komputernya sering tertutup sendiri (auto shutdown) setelah digunakan selama beberapa minit. Auto Shutdown adalah permulaan kerosakan yang menjurus kepada berlakunya kerosakan motherboard, power supply dan banyak lagi.

Shutdown sendiri selepas beberapa minit dihidupkan.

Pemeriksaan mendapati kipas bagi menyejukkan processor tidak berfungsi kerana dipenuhi habuk. Apabila kipas tidak berfungsi, processor akan menjadi panas apabila dihidupkan. Sesetengah komputer mempunyai arahan tersendiri dimana sistem akan dimatikan serta merta jika processor mempunyai suhu yang amat tinggi. Apa pula nasib yang akan menimpa jika arahan yang diprogramkan tidak menjadi? Sanggupkah anda mengeluarkan belanja yang tinggi sedangkan boleh berjimat dengan sentiasa memantau keadaan komputer dari semasa ke semasa mengikut kaedah penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance)?

Kipas boleh berfungsi setelah habuk dibersihkan.

Komputer ini kemudiannya dibaiki oleh technician kami. Ianya mengambil masa hanya 1-3 hari. Kosnya pula boleh dirujuk di mana-mana cawangan OKCS yang berdekatan. Jika ada barang yang perlu diganti, pihak kami akan memberitahu dahulu samada barang gantian tersebut masih ada stok ataupun tidak. Kami akan sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah anda.

Kesemua habuk dibuang oleh technician bagi memastikan komputer kembali seperti biasa.


Gambar dibawah menunjukkan komputer ini berjaya dibaikpulih dan sedia berkhidmat kepada tuannya semula. Pelanggan kami sangatlah gembira kerana masalah dapat diselesaikan dengan tidak menelan kos yang mahal berbanding sesetengah tempat yang memaksanya menukar komponen yang tidak sepatutnya. Kini, dia tiada lagi masalah ketika menggunakan komputer. Dan kami menasihatinya untuk segera ke kedai kami untuk mendapatkan perkhidmatan free checking yang disediakan oleh OK Computer Solution.


Komputer masih tidak tertutup setelah dibiarkan hidup berberapa minit



BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak
OK COMPUTER SOLUTION TAIPING

Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 
Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.

1 minit dari KFC Kamunting 
3 minit dari Masjid Kamunting 
5 minit dari Aeon Taiping 
10 minit dari Exit Tol Taiping Utara

HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP: 
https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping

waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg
Penulis,

No comments:

Post a Comment