Saturday 4 November 2017

PC TAK BOLEH CONNECT INTERNET | OKCS



SEBAB PC TAK BOLEH CONNECT INTERNET DAN PENYELESAIAN DARI OKCS DAMANSARA


Seorang pelanggan kami datang ke OKCS kerana beliau geram tidak boleh melihat Sukan Sea #KL2017 yang sedang berlangsung di sekitar negara kita hari ini. Katanya PC tak boleh connect internet . Pelbagai perkara telah dilakukan seperti cabut, pasang balik kabel, disable, enable balik adapter namun tetap tak berjaya. Dah banyak acara sukan yang terlepas. Rumah pula tiada televisyen.

PC tak boleh connect internet setelah dicuba berkali-kali.


Technician kami di OKCS dengan segera melakukan free checking. Rupa-rupanya port kabel internet (RJ-45 port) PC tersebut dah rosak. Patutlah PC tak boleh connect internet . Kalau dibiarkan, boleh terlepas semua sukan yang sedang berlangsung. Lepak mamak pun bola sepak je yang ada. Kalau nak ke tempat acara sukan tu diadakan, jauh juga perjalanannya. Dah sampai stadium pun tiket habis dijual, buat letih beratur sahaja.

Port RJ45 yang didapati rosak.


Technician kami di OKCS mencadangkan komputernya dipasang NIC iaitu Network Interface Card agar masalah PC tak boleh connect internet selesai. Mungkin ada sesetengah yang tak kenal NIC ni apa. Boleh tengok gambar dibawah. Tempoh kami ambil untuk repair masalah ini tidaklah lama. 1-3 hari bergantung kepada stok yang kami ada. Kalau stok ada tak sampai 15 minit pun kami buat. Kosnya boleh rujuk di kedai kami terlebih dahulu. Nyatakan butir maklumat komputer anda seperti jenama, model dan lain-lain.

NIC baru yang akan dipasang di motherboard.


Beliau sangat gembira kerana selepas ini dapatlah tengok Sukan Sea secara online di komputer kembali. Lebih-lebih lagi, beliau kini boleh menyambungkan komputernya ke internet dengan dua pilihan samada menggunakan kabel ataupun secara wireless (Wi-Fi) dan tiada lagi masalah PC tak boleh connect internet . 

Komputer berjaya disambungkan ke internet.



Bagaimana ingin berurusan dengan OKCS?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING


Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 

Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.


1 minit dari KFC Kamunting 

3 minit dari Masjid Kamunting 

5 minit dari Aeon Taiping 

10 minit dari Exit Tol Taiping Utara


HOTLINE 

0125445431


WHATSAPP: 

https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping


waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg


Penulis,
Zaim Halib

No comments:

Post a Comment