Saturday 4 November 2017

REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER TAK DETECT HARD DISK KERANA KABEL ROSAK



OKCS dihubungi oleh seorang pelanggan melalui aplikasi WhatsApp. Komputernya tak detect hard disk. Beliau sangat runsing akan gambar-gambarnya semenjak kecil yang disimpan dalam hard disk tersebut akan hilang. Hard disk tersebut lah satu-satunya yang menyimpan semua gambar miliknya. Memang hampa kalau hard disk tersebut benar-benar rosak.

Pihak kami memintanya untuk dapatkan pemeriksaan secara percuma di kedai kami. Setelah diperiksa. Hard disk tersebut masih dalam keadaan baik setelah disambungkan ke komputer lain. Tetapi, apakah yang menjadi penyebab hard disk tersebut tidak boleh dibaca oleh komputer miliknya?
Perkara yang perlu diperiksa ialah power supply. Ini kerana power supply yang mengagihkan kuasa elektrik ke hard disk untuk berfungsi. Selain itu, ianya juga boleh berpunca dari slot di motherboard, kabel dan lain-lain. Bagi masalah yang dihadapi oleh beliau, hanya kabel SATA sahaja yang rosak. Komputer memang tak dapat detect hard disk langsung kalau kabel SATA tersebut tidak ditukar.

Kabel SATA yang rosak.

Technician kami menukar kabel SATA yang digunakan komputer tersebut kepada yang baru. Ianya mengambil masa yang sangat singkat bergantung kepada stok yang ada. Kosnya pula boleh dirujuk di mana-mana cawangan OKCS.

Kabel SATA yang baru.

Akhirnya, beliau sangat gembira kerana berjaya mendapatkan semula semua gambar-gambar yang disangka hilang buat selamanya. Hard disk beliau sudah dapat digunakan seperti sediakala semula. Hanya disebabkan satu komponen kecil sahaja sudah mendatangkan masalah kepada komputer. Nasihat kami, sentiasalah servis komputer anda. Anda hanya perlu sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk servis komputer anda secara berkala.

Komputer berjaya dihidupkan selepas kabel SATA diganti baru.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak
OK COMPUTER SOLUTION TAIPING

Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 
Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.

1 minit dari KFC Kamunting 
3 minit dari Masjid Kamunting 
5 minit dari Aeon Taiping 
10 minit dari Exit Tol Taiping Utara

HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP: 
https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping

waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg
Penulis,

No comments:

Post a Comment