IOS 11 dengan rasminya telah dilancarkan pada 19 September 2017. Sedar tak sedar dah setahun iOS 10 dilancarkan di WWDC 2016. Di WWDC 2017 pula dah muncul generasi seterusnya iaitu iOS 11. Ada beberapa feature baru ditambah untuk memenuhi kehendak pengguna. Apakah feature yang menjadi kelebihan bagi iOS 11? Dibawah ada sedikit ulasan mengenai iOS 11 dari pelbagai sumber yang kami perolehi.
1. User Interface (UI) Baru
Perubahan paling ketara bagi iOS ini ialah pada control center. Anda boleh customize mengikut selera anda. Terdapat perubahan minor pada lockscreen. Jika diperhatikan, font pada lockscreen kini lebih tebal serta lingkarannya yang nipis.
2. Susun Fail Dengan Lebih Mudah
Dengan adanya file manager, ianya dapat memudahkan pengguna untuk memindahkan fail-fail kemana sahaja hanya dengan drag dan drop di split screen. Kesimpulannya, pengurusan data lebih baik pada iOS 11 berbanding iOS 10.
3. One hand keyboard
Feature ini dapat memudahkan anda menaip dengan menggunakan satu tangan sahaja. Tapi ingat, jangan menaip masa memandu ya kawan-kawan.
4. Password Autofill
Kemudahan ini dapat memudahkan anda mengisi password akaun apa-apa sahaja.
5. Screen recording
Jika anda ingin merakam semua aktiviti yang anda lakukan contohnya live di facebook, gelagat penta kills dalam permainan video mobile legends dan lain-lain. Feature ini boleh diaktifkan di control centre.
6. Perubahan Aplikasi Kamera
- Video tidak menggunakan ruang storage yang banyak, terima kasih kepada teknologi compression yang baru ini.
- Live photo boleh di-edit dan di-trim.
7. Night Mode
- Jika anda jenis yang berjaga malam, dan merasakan gadget anda sangat cerah, cuba feature ini.
8. Kongsi Password Wi-fi
Menggunakan feature ini, anda boleh berkongsikan password wifi anda dengan lebih mudah. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang selalu terlupa apa password wifi rumah anda.
9. Imbas (Scan) Dokumen
Kini anda boleh imbas dokumen, resit dan lain-lain kemudian dihantar terus ke Note.
10. Do Not Disturb lebih pintar
Pemanduan kini lebih selamat. Jika anda jenis yang mudah terganggu dengan bunyi gajet anda sendiri ketika memandu, feature "do not disturb" ini sangat sesuai untuk anda. Do not disturb akan diaktifkan jika ia mendapati anda sedang memandu. Semua notification akan disekat dalam mod Do Not Disturb ini.
11. Double Tap pada Airpod
Feature ini membolehkan anda main atau berhentikan lagu dengan hanya sentuh dua kali pada airpod kiri. Manakala jika sentuh dua kali pada airpod kanan, lagu akan ditukar kepada lagu yang seterusnya.
Perkara yang paling penting, sebagai iOS baru, sudah tentu ianya tidak compatible dengan semua device Apple. iOS 11 hanya boleh dijalankan oleh device generasi baru yang menggunakan processor A7. Berikut adalah device yang boleh install iOS 11 antaranya iPad Air, iPad Air 2, iPad Pro. Manakala iPhone pula hanya iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6s Plus, iPhone 6s, iPhone 7 dan 7 Plus.
No comments:
Post a Comment