Thursday, 2 November 2017

REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER TIADA PAPARAN (NO DISPLAY) KERANA BIOS PROBLEMREPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER TIADA PAPARAN (NO DISPLAY) KERANA BIOS PROBLEM


OK Computer Solution  menerima seorang pelanggan dimana masalahnya ialah komputer syarikat beliau tiada paparan setelah dihidupkan. Beliau sangat stress kerana tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Beliau bekerja sebagai juruteknik komputer di syarikat itu. Kebiasaannya, komputer yang rosak dan tidak boleh dibaiki oleh beliau akan ditukar dengan yang baru oleh syarikat. Namun, kerana umur komputer tersebut yang masih baru, beliau terpaksa mencari jalan agar komputer tersebut dapat berfungsi seperti biasa semula. Komputer tersebut adalah milik pengurusnya, sudah tentu ia perlu diselesaikan segera. Jika mengarapkan pada warranty, ianya mungkin mengambil masa sebulan dua untuk diselesaikan. 

Tiada paparan pada skrin.

Desktop pc tersebut dianalisa oleh juruteknik kami dan hasilnya ialah komputer tersebut mempunyai masalah pada BIOS. Ini disebabkan oleh penukaran Windows yang dilakukannya. Beliau telah downgrade OS komputer berkenaan dari Windows 10 ke Windows 7 kerana permintaan pengurusnya. Tindakan tersebut membuatkan BIOS dekstop pc itu rosak (faulty). Jika tidak dibaiki, komputer tersebut tidak akan boleh digunakan.

Kipas berpusing dan LED menyala namun tiada respon pada skrin.

Beliau meminta kami lakukan apa sahaja untuk menyelesaikan kerosakan tersebut. Technician kami melakukan flash BIOS pada desktop pc itu. Tempoh untuk disiapkan hanya mengambil masa dalam sehari sahaja. Kosnya pula hanya RM50. 
Mesin yang digunakan untuk flash BIOS

Beliau sangat gembira kerana masalahnya dapat diselesaikan. Beliau sangat sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kami yang pantas, jujur dan berkualiti. Kami disini ingin menasihati semua PENGGUNA DESKTOP PC / KOMPUTER / KOMPUTER RIBA / LAPTOP agar mendapatkan nasihat pakar sebelum melakukan perubahan pada komputer yang melibatkan perkara yang besar seperti Operating System. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke CUSTOMER SERVICE kami yang sedia membantu.

Komputer berjaya dihidupkan selepas dibaiki.



BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING

Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 
Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.

1 minit dari KFC Kamunting 
3 minit dari Masjid Kamunting 
5 minit dari Aeon Taiping 
10 minit dari Exit Tol Taiping Utara

HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP: 
https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping

waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg

Penulis,

No comments:

Post a Comment