Pelanggan kami datang ke OK Computer Solution Petaling Jaya kerana beliau rasa sangat tertekan apabila kerja-kerja syarikat yang perlu disiapkannya tertangguh gara-gara iMac beliau tidak dapat dihidupkan.
Apabila diujilari (test run) oleh pakar repair iMac kami di OK Computer Solution Petaling Jaya, pakar repair iMac kami mendapati Power Supply Unit iMac tersebut tidak boleh digunakan lagi. Pakar repair iMac kami menyenaraikan beberapa aspek yang mungkin menyebabkan Power Supply Unit iMac tersebut tidak boleh digunakan antaranya:
- Litar pintas (short circuit).
- iMac dibiarkan panas secara berpanjangan.
- Guna iMac tanpa henti 24/7.
- Power cord yang tidak sesuai.
- iMac tidak pernah diservis selepas bertahun digunakan.
Power Supply diuji menggunakan peralatan khas oleh pakar iMac kami.
Pakar kami kemudiannya menukar power suppy unit asal iMac yang telah rosak tersebut kepada power supply unit yang baru. Ianya hanya mengambil masa 2-3 hari bagi tempoh pemasangan power supply unit bergantung kepada stok yang kami ada.
Power Supply baru dipasang pada iMac tersebut.
Akhirnya, pelanggan kami sangat gembira kerana selepas ini kerja-kerjanya dapat dibuat semula. iMac miliknya kini sudah dapat dihidupkan dan boleh digunakan seperti biasa. Kami juga menasihati beliau agar sentiasa memantau iMac tersebut supaya kerosakan teruk dapat dielakkan. Ingat, servis perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali tidak kira komputer apa yang anda gunakan samada iMac, Macbook, laptop, PC All in one mahupun PC Desktop.
iMac dapat berfungsi seperti biasa dan melepasi 20 checklist OKCS dengan jayanya dan bersedia untuk dipulangkan kepada pelanggan.
No comments:
Post a Comment