Thursday, 2 November 2017

REPAIR APPLE IMAC : IMAC SLOW SEBAB MASIH MENGGUNAKAN HDD



OK Computer Solution Petaling Jaya menerima aduan dari pelanggan bahawa iMac miliknya sangat perlahan ketika digunakan. Masalah ini membuatkan pelanggan kami berasa sangat murung kerana banyal perkara perlu dilakukan dengan iMac tersebut. Dengan prestasi yang sangat perlahan ditampilkan oleh iMac tersebut, sudah tentu ianya membazirkan masa beliau. Bayangkan, nak hidupkan iMac tersebut mengambil masa berminit. Perlahan bukan?

iMac dibuka supaya hard disk dapat dikeluarkan.
Pakar iMac kami menguji iMac tersebut terlebih dahulu bertujuan untuk mengenalpasti (identify) serta diagnose punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Setelah diuji, pakar kami menyimpulkan bahawa iMac tersebut perlahan kerana masih menggunakan HDD. Masih ramai diluar sana yang masih menggunakan HDD bukan? Jika anda masih menggunakan HDD, ketahuilah bahawa HDD banyak membazirkan masa anda.

Hard Disk yang telah dikeluarkan dari iMac.
Sebagai penyelesaian, iMac tersebut dinaiktaraf dari menggunakan HDD ke SSD. Dengan SSD, percayalah bahawa semua pengguna SSD sangat kagum dengan prestasi yang ditonjolkan. Tahukah anda, berbanding HDD, SSD mempunyai banyak kelebihan yang menakjubkan. Antaranya, pemindahan data yang lebih cepat, penggunaan kuasa yang lebih efisien (jimat), tiada bunyi dihasilkan, tiada getaran, haba yang dikeluarkan sangat rendah, 30% lebih pantas semasa anda membuka dokumen/fail/folder dan yang penting sekali anda tidak perlu risau dengan kehilangan data yang diakibatkan oleh magnetik. Tempoh naiktaraf ke SSD bergantung kepada stok. Jika ready stock, kami boleh siapkan 1-3 hari mengikut queue. Manakala kosnya boleh dirujuk dimana-mana cawangan OK Computer Solution.
SDD baru.
SSD telah dimasukkan ke dalam iMac.
iMac beliau kini sudah berjaya dinaiktaraf. Beliau sangat gembira setelah mengetahui iMac miliknya kini seperti baru dibeli dan sangatlah laju dari segi prestasinya. Kami juga turut mengingati beliau supaya servis iMac tersebut sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bagi memastikan haba didalam iMac terkawal.

iMac bersiap sedia untuk pemasangan OSX.



Penulis,

No comments:

Post a Comment