Thursday, 2 November 2017

REPAIR LAPTOP LENOVO Y50 | OKCS

HINGE PATAH & BODY PECAH


Laptop Lenovo Y50 adalah model laptop yang tidak asing lagi di OK Computer Solution. Sudah banyak kerosakan yang kami terima mengenai laptop Lenovo Y50 ini. Majoritinya melibatkan hinge patah & body pecah berdasarkan rekod yang ada dalam sistem kami. Ianya sangat menyukarkan pengguna laptop tersebut sehingga ada yang tidak boleh membuka skrin langsung.

HINGE PATAH & BODY PECAH

Jika anda merupakan pengguna laptop Lenovo Y50, ada beberapa tanda sebelum hinge patah/body laptop anda akan pecah yang wajib anda tahu antaranya:
·  Skrin makin ketat dari sebelumnya.
·  Bila anda buka sahaja skrin, ada bunyi asing yang datang dari sudut laptop.
·  Bila buka skrin, body laptop terangkat sedikit (ada pergerakan pada body).

KOMPONEN DILERAIKAN DARI LAPTOP UNTUK MENGANALISA KEROSAKAN

Kesemua tanda diatas adalah perkara yang biasa berlaku bagi model ini sebelum hinge patah atau body pecah. Apa yang perlu dibuat jika hinge patah/body pecah? Jangan risau & bawa bertenang. Anda boleh datang ke OKCS untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang akan terjadi kalau anda biarkan sahaja hinge patah/body pecah? Antara kerosakan susulan jika hinge patah/body pecah dibiarkan begitu sahaja:

·      Skrin laptop pecah/retak
·      DC jack rosak
·      Ribbon skrin putus/rosak
·      Kabel wifi putus


 BODY PART & HINGE DIASINGKAN DARI MOTHERBOARD UNTUK MEMUDAHKAN KERJA BAIKPULIH



TAPAK HINGE YANG AKAN DIBAIKPULIH OLEH PAKAR LAPTOP KAMI


Pakar laptop kami di OK Computer Solution dah menyelesaikan banyak masalah melibatkan hinge patah/body pecah Laptop Lenovo Y50 mahupun jenama/model laptop yang lain seperti Alienware, Predator, dan banyak lagi. Laptop anda akan disiapkan dalam masa 2 hari sahaja bergantung kepada queue masalah yang pakar laptop kami perlu dahulukan. Kosnya pula hanya RM50 sahaja untuk selesaikan masalah tersebut.

HASIL KERJA YANG DILAKUKAN OLEH PAKAR LAPTOP KAMI


Ramai pelanggan kami sangat berpuasa hati setelah laptopnya kembali seperti biasa. Hasil baikpulih hinge/body kami juga menerima banyak feedback positif dari pelanggan yang pernah dapatkan perkhidmatan dari kami. Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami.

Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak

OK COMPUTER SOLUTION TAIPING


Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 

Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.


1 minit dari KFC Kamunting 

3 minit dari Masjid Kamunting 

5 minit dari Aeon Taiping 

10 minit dari Exit Tol Taiping Utara


HOTLINE 

0125445431


WHATSAPP: 

https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping


waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg


Penulis,
Zaim Halib

No comments:

Post a Comment