Saturday, 4 November 2017

REPAIR PC DESKTOP : MONITOR TIADA DISPLAY KERANA DISPLAY CARD ROSAK


OKCS telah menerima komputer dari seorang pelanggan untuk dibaiki kerana monitornya tidak mengeluarkan apa-apa paparan. Beliau kecewa kerana tidak dapat memuat turun filem dari internet (hobinya) hampir sebulan gara-gara masalah ini. Monitor merupakan satu komponen paling utama. Tanpa monitor, komputer tiada fungsinya bagi pengguna. Gambar dibawah menunjukkan tiada paparan pada skrin monitor. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perkara seperti ini berlaku, antaranya kabel power, VGA/HDMI kabel, RAM atau Display Card.

Tiada paparan pada monitor.


Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh technician kami di OK Computer Solution terhadap komputer ini, didapati berlakunya kerosakan pada Display Card. Jika tidak diambil sebarang tindakan, tiada apa yang korang masih boleh gunakan pada komputer tersebut. Apa kerja yang boleh dilakukan tanpa sebarang paparan pada komputer tersebut? Jika anda masih mencuba menghidupkannya berulang kali setiap hari dengan harapan komputer itu kembali kepada sediakala, peluang kerosakan lebih besar untuk berlaku contohnya kerosakan motherboard, power supply atau lain-lain. Hmmm.. Janganlah dibiarkan meleret sebegitu rupa.


Display Card yang rosak.

Penyelesaian bagi kerosakan ini ialah tukarkan sahaja display card lama dengan yang baru. Jika anda mempunyai masalah yang sama datanglah ke OK Computer Solution. Bagi kami periksa terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil bergantung atas kerosakan yang dihadapi. Anggaran bagi penukaran display card ni mengambil jumlah minimum RM 1XX. Ianya boleh disiapkan oleh kami dalam tempoh 2-3 hari. Tempoh penukaran juga bergantung kepada stok sparepart yang kami ada.


Display Card yang baru.

Hasil penukaran Display Card yang dilakukan oleh technician kami, komputer ini dapat berfungsi dengan baik seperti sediakala semula. Pemilik komputer ni sangat gembira kerana dapat meneruskan hobinya seperti biasa kembali kerana komputernya berjaya dibaikpulih. Beliau juga terkejut, kerana ada sesetengah kedai mengatakan motherboard yang perlu ditukar. Jangan risau, kami disini work to learn, not to earn. 😊😊😊 

Monitor telah mengeluarkan paparan setelah siap dibaiki.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Taiping Perak
OK COMPUTER SOLUTION TAIPING

Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 
Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.

1 minit dari KFC Kamunting 
3 minit dari Masjid Kamunting 
5 minit dari Aeon Taiping 
10 minit dari Exit Tol Taiping Utara

HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP: 
https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping

waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg

Penulis,

No comments:

Post a Comment