OKCS sekali lagi dikunjungi pelanggan yang datang mengadu masalah tidak boleh memasuki windows selepas komputernya dihidupkan. Dia sangat tertekan kerana banyak kerja-kerja sehariannya tertangguh gara-gara masalah yang menimpa dirinya.
Komputer tesebut dirujuk oleh technician kami untuk diperiksa. Kos OKCS ambil untuk periksa masalah anda? Percuma sahaja. Tiada apa-apa caj yang akan dikenakan. Hasil dari pemeriksaan yang dilakukan. Masalah tersebut berpunca dari hard disk miliknya. Antara tanda yang perlu anda tahu mengenai tanda-tanda hard disk akan rosak:
- Fail hilang
- Komputer freeze
- Corrupted data
- Bad sector
- Bunyi bising
Hard Disk lama yang tidak boleh digunakan |
Pelanggan kami mengambil keputusan untuk menukar hard disk komputernya kepada yang baru. Kami akan dapat menyiapkan penukaran hard disk dalam tempoh 1-3 hari. Ianya bergantung kepada stok yang ada. Kos pula boleh dirujuk di kedai kami OK Computer Solution kerana kami perlu mengetahui model, jenis serta kapasiti yang diperlukan terlebih dahulu.
Selepas selesai proses menukar hard disk. Technician kami melakukan senarai semak ( checklist ) yang mana mengambil kira 20 aspek penting samada berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya. Ini dapat memudahkan pelanggan bagi mengetahui status atau keadaan komputernya yang terkini. Pelanggan kami sangat lega kerana selepas ini kerja-kerjanya boleh disiapkan menggunakan komputer tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan komputer anda diservis secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Komputer berjaya memasuki windows setelah hard disk ditukar |
BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?
OK COMPUTER SOLUTION TAIPING
Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting,
Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.
1 minit dari KFC Kamunting
3 minit dari Masjid Kamunting
5 minit dari Aeon Taiping
10 minit dari Exit Tol Taiping Utara
HOTLINE
0125445431
WHATSAPP:
https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping
waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg
Penulis,
No comments:
Post a Comment