Thursday, 2 November 2017

REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER TIDAK BOLEH DIHIDUPKAN (CANT ON) SEBAB KABEL KUASA (POWER CORD)...


Seorang pelanggan tetap OK Computer Solution menceritakan masalah kepada Customer Service OKCS melalui chat di aplikasi WhatsApp mengenai komputernya tidak boleh dihidupkan. Beliau sangat sedih kerana banyak perkara yang perlu dilakukan dengan komputer itu. Cust Service kami yang prihatin cuba dapatkan sebanyak mungkin maklumat dari pelanggan tetap tersebut bagi mengetahui punca on the spot. Pelanggan menyatakan kipas komputernya tidak berpusing, lampu led pada mana-mana bahagian tidak menyala serta tiada apa-apa bunyi dihasilkan.

Komputer tidak boleh dihidupkan.

Mengikut flow checking yang kami lakukan, kami memeriksa bekalan kuasa terlebih dahulu. Plug yang digunakan berfungsi dengan baik setelah diperiksa sendiri oleh pelanggan menggunakan test pen. Dengan menggunakan test pen juga, pelanggan cuba memeriksa power cord. Hasilnya, lampu pada test pen tidak menyala. Ini menandakan kabel kuasanya (power cord) tidak mengalirkan sebarang arus elektrik. Berdasarkan pemeriksaan mudah ini, kami dapat menyimpulkan bahawa kabel kuasanya telah rosak. Kami mencadangkan beliau menukar kabel kuasa (power cord) beliau. Jika tidak ditukar, komputer tersebut memang tidak akan dapat dihidupkan.

Kabel lama.

Kami menukarkan kabel kuasa (power cord) tersebut dengan yang baru. Penghantaran dibuat melalui pos (postage) kerana pelanggan berada diluar negeri pada ketika ini. Kosnya boleh dirujuk dimana-mana cawangan OKCS manakala tempoh penghantarannya mengambil masa 2-3 hari bergantung kepada stok yang kami ada.

Kabel baru.

Beliau sangat gembira kerana dapat menggunakan desktop pc miliknya untuk buat perkara yang diinginkan kembali. Komputernya kini dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, beliau sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh OKCS. Selain berpuas hati dengan bantuan seumur hidup yang kami sediakan, beliau juga memuji kepantasan kami dalam menyelesaikan masalahnya. Kami juga berterima kasih kepada beliau kerana mempercayai perkhidmatan kami. Tak lupa juga kepada abang posmen yang cepat melakukan kerjanya.
Komputer berjaya dibaiki.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


OK COMPUTER SOLUTION TAIPING

Gerai no 20(atas), Terminal Bas Ekspres Kamunting, 
Jalan Stesyen, 34600 Kamunting, Taiping Perak.

1 minit dari KFC Kamunting 
3 minit dari Masjid Kamunting 
5 minit dari Aeon Taiping 
10 minit dari Exit Tol Taiping Utara

HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP: 
https://tinyurl.com/OKComputerSolutionTaiping

waktu operasi setiap hari kecuali JUMAAT, bermula jam 9:00pg higga 6:30ptg

Penulis,

No comments:

Post a Comment